Page 39 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 39
| 39
Program Kesihatan Awam merangkumi penjagaan kesihatan bukan sahaja individu dan keluarga tetapi juga masyarakat secara
amnya. Program kesihatan awam terdiri daripada:
1. Program Pembangunan Kesihatan Keluarga
2. Program Pemakanan
3. Program Kawalan Penyakit Berjangkit
4. Program Kawalan Penyakit Tidak Berjabkit
5. Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
6. Program Kawalan Entomologi & Pest
7. Program Kawalan Penyakit AIDS/STD
8. Program Kawalan Penyakit Tibi/ Kusta
9. Program Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
10. Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling Luar Bandar
11. Program Promosi Kesihatan
12. Inspektorat dan Perundangan
1.0 PROGRAM PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA DAN KESIHATAN PRIMER
Pengenalan
Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga (Program Pembangunan Kesihatan Keluarga & Kesihatan Primer) Negeri Perlis
diketuai oleh seorang pakar perubatan kesihatan awam dan dahulunya dikenali sebagai Program Kesihatan Ibu dan Anak.
Program Pembangunan Kesihatan Keluarga & Kesihatan Primer dijalankan di 9 buah klinik kesihatan, 4 buah Klinik 1
Malaysia dan 30 buah klinik desa di Negeri Perlis. Ia merupakan nadi kesihatan awam di peringkat negeri Perlis bagi
memastikan perkhidmatan yang komprehensif kepada semua peringkat umur melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam.
Pada tahun 2017, Klinik Kesihatan UTC Perlis telah memulakan operasinya pada 20 Oktober 2017. Ia merupakan Klinik
Kesihatan UTC yang pertama di Perlis.
Objektif Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
Objektif umum
Merancang, menyelaras, menilai, menganalisa dan menjalankan aktiviti berkaitan kesihatan keluarga di Negeri Perlis.
Objektif khusus
1. Meningkatkan taraf kesihatan keluarga dan masyarakat dengan merancang saringan kesihatan dan aktiviti-aktiviti
pencegahan.
2. Memastikan rawatan yang komprehensif dan berkualiti di semua klinik kesihatan, klinik desa dan K1M.
3. Menyelaraskan aktiviti berkaitan perkhidmatan klinik dengan bahagian dan agensi lain.
4. Menilai dan menganalisa pencapaian dan merancang penambahbaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
primer.
Anggaran Penduduk Mengikut Kategori Umur
Pada tahun 2017 jumlah penduduk negeri Perlis ialah 251,300 orang. Penduduk dalam kategori produktif (20-59 tahun)
adalah 54.8%, penduduk remaja (10-19 tahun) adalah 16% sementara penduduk kategori warga emas (60 tahun keatas)
adalah 11.4% (Jadual 1). Memandangkan penduduk remaja adalah > 15% dan warga emas telah mencecah > 10% ,
perkhidmatan kesihatan di masa akan datang perlu memberi penumpuan kepada kumpulan remaja iaitu golongan yang
akan menentukan masa depan negara dan golongan warga emas bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

