Page 48 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 48

48   |







                   Jadual 6: Pencapaian Saringan Risiko Kesihatan (BSSK) Negeri Perlis, 2013-2017
                             Populasi Remaja, Dewasa dan
                TAHUN                                       Jumlah Disaring       % Saringan
                                  Warga Emas Perlis
                 2013                  200700                    16,527              8.2%

                 2014                  202300                    18,365              9.1%
                 2015                  203700                    20,200              9.9%
                 2016                  205000                    14,850              7.2%

                 2017                  206700                    14,391              7.0%
                 Kesihatan Remaja

                 Saringan Risiko Kesihatan Remaja
                 Sepanjang tahun 2017, sebanyak 2765 orang remaja telah berjaya disaring dan ini merupakan  6.8% dari jumlah remaja di
                 Negeri Perlis (sasaran BPKK >5%). Daripada remaja yang disaring didapati 33.7% mempunyai risiko masalah kesihatan
                 (Jadual 7).



                          Jadual 7: Saringan Remaja Di Klinik Kesihatan Negeri Perlis, 2013-2017
                                                  Jumlah     % Disaring    Jumlah     % Risiko
                            Penduduk Remaja
               Tahun                              Disaring                 Risiko
                              (10-19 Tahun)

                2013             52,400            4249          8.5        824         19.4
                2014             52,400            3604          6.9        1178        32.7
                2015             44,000            3364          7.6         92         27.4
                2016             40,900            2996          7.3        764         25.5
                2017             40,400            2765          6.8        933         33.7

                 Program Generasiku Sayang
                 Program Generasiku Sayang dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 29 Oktober 2015. Program ini diadakan bertujuan
                 untuk membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil dan bimbingan
                 sebagai langkah pemulihan awal supaya dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental, sosial dan
                 spiritual. Program ini juga diadakan untuk mendapatkan sokongan dan komitmen agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam
                 menangani isu kehamilan remaja secara menyeluruh dan berkesan dengan memberi penekanan kepada kesinambungan
                 pendidikan, kemahiran hidup, sokongan sosial, ekonomi dan agama selain aspek kesihatan untuk memperkasakan remaja
                 ke ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

                 Program Generasiku Sayang Peringkat Negeri Perlis lebih tertumpu kepada program pencegahan dengan mengadakan
                 aktiviti-aktiviti yang memberi pendedahan dan informasi awal kepada remaja berkaitan tingkahlaku berisiko dan kesan-
                 kesannya. Pada tahun 2017, aktiviti Program Generasiku  Sayang Peringkat Negeri Perlis lebih tertumpu kepada
                 perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada modul Program Generasiku Sayang.
                 Antara program  yang  dirancang  ialah  Bengkel  Bersepadu  Generasiku  Sayang  yang  akan  melibatkan  pelajar-pelajar
                 sekolah di seluruh negeri Perlis. Bengkel ini akan diadakan secara berperingkat dan siri pertama dijangka diadakan pada
                 awal Februari 2018. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan awal dan informasi berkaitan tingkahlaku
                 seksual yang berisiko dan kesan-kesannya kepada golongan remaja. Selain daripada itu, Program Generasiku Sayang
                 Negeri Perlis juga dalam proses untuk mendapatkan penaungan daripada DYMM Tuanku Raja Perlis. Penetapan untuk
                 menjadikan Rumah Teduh iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan yang memberi perlindungan kepada remaja dan wanita
                 hamil di negeri ini di bawah Program Generasiku Sayang negeri Perlis masih lagi dalam perbincangan.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53