Page 49 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 49
| 49
Kesihatan Warga Dewasa
Pada tahun 2017, seramai 9430 (6.7%) warga dewasa (lelaki dan perempuan) telah disaring (Jadual 8)
Jadual 8: Pencapaian Saringan Risiko Warga Dewasa Negeri Perlis, 2013-2017
Tahun Warga Dewasa Jumlah Peratus Disaring Jumlah Risiko
Disaring (Sasaran 5%)
2013 165,738 10311 6.2 5,093 (49.4)
2014 165,738 12586 7.6 6,205 (49.3)
2015 131,000 10343 7.9 5439 (52.6%)
2016 136,100 9765 7.2 5212 (53.4%)
2017 140,800 9430 6.7 5145 (54.5%)
Kesihatan Warga Emas
Perkhidmatan kesihatan warga emas merangkumi perkhidmatan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial dalam rangka
mengurangkan ketidakupayaan serta meningkatkan tahap berdikari mereka. Aktiviti yang dijalankan di klinik kesihatan
meliputi pendaftaran warga emas, saringan risiko kesihatan warga emas, lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas dan
juga lawatan ke rumah. Pada tahun 2017, 2196 orang (7.0%) dari jumlah populasi warga emas Negeri Perlis telah di
saring. Tujuan utama saringan adalah untuk mengesan penyakit yang boleh menyebabkan masalah ketidakupayaan tahap
berdikari warga emas. Terdapat 4 Pusat Jagaan Warga Emas di Negeri Perlis iaitu:
i. Rumah Sejahtera Batu Bertangkup
ii. Rumah Sejahtera Kaki Bukit
iii. Rumah Seri Kenangan Arau
iv. Rumah Sejahtera Arau
v. Rumah Sejahtera Behor Mali
Sepanjang tahun 2017, semua Pusat Jagaan ini dilawati dan semua penghuni telah diperiksa menggunakan BSSK.
Klinik Satu Malaysia
Perkhidmatan Klinik Satu Malaysia (K1M) di Perlis bermula pada tahun 2011. Pada 1 Januari 2011 Klinik Satu Malaysia
(K1M) Seriab mula beroperasi diikuti dengan K1M Jejawi pada 29 Jun 2012 dan seterusnya K1M Beseri dan K1M Pauh
pada 25 Mac 2013. K1M Seriab mempunyai kedatangan pesakit tertinggi diikuti K1M Pauh, Jejawi dan Beseri (Rajah 12).

