Page 116 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 116
116 |
3.10 UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
PENDAHULUAN
Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNP) dipertanggungjawabkan untuk
menyelaras aktiviti penguatkuasaan perundangan Kesihatan Awam dan memantau aktiviti di bawah program Inspektorat
(Kesihatan Persekitaran) di negeri Perlis. UIP bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan
Awam).
UIP beroperasi di Tingkat 8, Bangunan Persekutuan Kangar, Jalan Persiaran Jubli Emas, Kangar, Perlis.
Sehingga Disember 2017, seramai 5 anggota bertugas di UIP, terdiri dari seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran
U44 merangkap Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri Perlis,
seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, seorang Penolong Pegawai Kesihatan U32, seorang Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran U29 serta seorang Pembantu Kesihatan Awam U19.
Undang-Undang Kesihatan Awam yang terlibat semasa aktiviti penguatkuasaan dijalankan adalah:
i. Akta Makanan 1983
ii. Peraturan-Peraturan Makanan 1985
iii. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
iv. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
v. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
vi. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Berjangkit 1988
UIP Negeri berperanan merancang, mengatur, menyelaras dan memantau semua aktiviti penguatkuasaan undang-
undang kesihatan awam yang dijalankan. Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan adalah berdasarkan arahan dari
Kementerian Kesihatan Malaysia serta perancangan penguatkuasaan tahunan negeri. Penguatkuasaan dilaksanakan
oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa yang terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP), Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Pembantu Kesihatan Awam (PKA).
Antara aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam sepanjang tahun adalah:
i. Operasi Premis Makanan Bersih, diadakan dua kali setiap bulan.
ii. Operasi Gempur Aedes, diadakan sekali setiap bulan.
iii. Operasi Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004(E-Blast), diadakan setiap bulan sekali.
iv. Operasi Di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), diadakan dua kali setiap bulan.
1
v. Operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain (antaranya; Polis Di Raja Malaysia, Imigresen, Jabatan
Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Kangar dan Jabatan Agama Islam), diadakan dua kali setahun.
3.10.1 Aktiviti Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
Pada tahun 2017 sebanyak 171 Notis di bawah Seksyen 32B Peraturan–Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
(PPKHT) dikeluarkan. Kesalahan-kesalahan terdiri daripada kesalahan merokok di kawasan larangan merokok,
2
merokok dan memiliki rokok dibawah umur, penjualan rokok, tiada tanda amaran bergambar dan lain lagi.
Sebanyak 104 orang kena notis (OKN) telah pergi ke Pejabat Kesihatan untuk menjelaskan kompaun
yangdikenakan. Jumlah pembayaran kompaun yang diterima adalah sebanyak RM 13,515.00 dan peratus
kompaun dibayar adalah 100%.
1 PMA Padang Besar dan PMA Wang Klian
2 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 20014 terletak di bawah Akta Makanan 1983.

