Page 133 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 133
| 133
Bahagian Perubatan bertanggungjawab bagi perkara-perkara berkaitan perkhidmatan perubatan yang disediakan di hospital-
hospital termasuk perkhidmatan perubatan oleh klinik-klinik serta fasiliti perkhidmatan perubatan swasta. Ia diketuai oleh Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) dan berperanan dalam melaksana dan mengawalselia program-program di bawah Program
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terdapat empat (4) fungsi utama Bahagian Perubatan iaitu:
1. Perkembangan Perubatan termasuk Unit Rekod Perubatan Negeri
2. Amalan Perubatan merangkumi Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta dan pengendalian kes-kes Mediko-legal
3. Penyelarasan Kualiti dan Penyelidikan Negeri
4. Penyelarasan Liputan Perubatan di bawah seliaan Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan (Perubatan) Negeri
5. Pengurusan kawalan infeksi di bawah seliaan Penyelia Jururawat (Perubatan) Negeri
1.0 REKOD PERUBATAN NEGERI
Pengenalan
Rekod Perubatan Negeri adalah di bawah Perkembangan Perubatan, berfungsi untuk memantau dan menyelia laporan-
laporan dari hopsital kerajaan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) dan memantau pelaksanaan
Sistem Casemix di Hospital Tuanku Fauziah.
Unit ini bertanggungjawab menguruskan:
• Pengurusan Data dan Maklumat
Menyediakan, mengumpul dan menganalisa reten-reten bulanan daripada Hospital Tuanku Fauziah dan 9 buah
klinik kesihatan dan 4 buah klinik 1 Malaysia. Laporan-laporan terdiri dari Pesakit Dalam, Pesakit Luar, Rawatan
Harian dan Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang akan disemak di peringkat JKN sebelum dihantar ke Pusat
Informatik Kesihatan (PIK), KKM dan Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), KKM menggunakan format-
format yang telah ditetapkan.
• Permohonan Penubuhan Lembaga Perubatan
Permohonan Penubuhan Lembaga Perubatan bagi kakitangan kerajaan dan juga syarikat milik kerajaan yang
tertentu. Permohonan diterima akan disemak dan permohonan yang lengkap akan dihantar ke hospital Tuanku
Fauziah untuk penubuhan dan persidangan Lembaga Perubatan. Keputusan Lembaga Perubatan tersebut akan
dimaklumkan kepada JKN untuk tindakan selanjutnya.
1.1 Perjawatan Unit Rekod Perubatan Negeri
BIL JAWATAN PERJAWATAN DIISI
1 Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan ) N29 1 0
2 Pembantu Tadbir N22 1 1
3 Pembantu Tadbir N19 1 1
1.2 Aktiviti Unit Rekod Perubatan Negeri
NAMA KURSUS / SEMINAR/
BIL LATIHAN / BENGKEL TARIKH TEMPAT PESERTA
Kursus Dokumentasi Diagnosis
1 Klinikal Berdasarkan ICD10 16.5.2017 Bilik Serbaguna, JKN 40 orang
Perlis
(Morbidity & Mortality) Siri 1
Kursus Dokumentasi 11.10.2017 Bilik Serbaguna, JKN 38 orang
2 DiagnosisKlinikal Berdasarkan Perlis
ICD10 (Morbidity & Mortality) Siri 2

