Page 134 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 134
134 |
Audit Ketepatan Penetapan Kod Bilik Mesyuarat Aras 7,
3 ICD-10 Bil 1/2017 3.5.2017 JKN Pulau Pinang 3 orang
4 Pengauditan Ketepatan 4.10.2017 Hotel Seri Malaysia, Alor 3 orang
Penetapan Kod ICD 10 Bil 2/2017 -6.10.2017 Setar, Kedah
2.0 UNIT REKOD PERUBATAN HOSPITAL TUANKU FAUZIAH
Visi
Ke arah anjakan paradigma dalam penggunaan sistem komputerisasi sepenuhnya merangkumi penyediaan statistik
hospital serta memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, efisien serta menepati aspirasi kerajaan.
Misi
Menyediakan satu perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti dengan meningkatkan lagi kemahiran serta penggunaan
sumber terkini, latihan, idea serta inisiatif daripada setiap anggota kakitangan.
Pendahuluan
Unit rekod perubatan bertanggungjawab untuk menguruskan perkara-perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan
dengan mematuhi garispanduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu
pihak hospital dalam memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
Objektif
Mewujudkan satu sistem penyimpnana rekod perubatan, laporan perubatan dan arkib data yang selamat dan sesuai serta
meningkatkan taraf pengawalan dan kerahsiaan maklumat kesihatan yang terjamin.
2.1 Sumber Manusia
BIL JAWATAN GRED JUMLAH
PERJAWATAN ISI KOSONG
1 Pegawai Tadbir N41 1 1 0
2 Penolong Pegawai Tadbir N32 2 1 1
3 Penolong Pegawai Tadbir N29 3 3 0
4 Pembantu Tadbir N22 (KUP) 3 2 1
5 Pembantu Tadbir N19 7 7 0
6 Pembantu Operasi N1 3 3 0
2.2 Perkhidmatan
Unit Rekod Perubatan menyediakan perkhidmatan merangkumi:
Pengurusan rekod perubatan
Berhubung dengan penerimaan, penyimpanan, pemisahan dan peminjaman rekod perubatan pesakit bagi tujuan
rawatan, laporan perubatan, kajian, penyelidikan dan perundangan. Ianya juga melibatkan pengurusan pemisahan
dan pelupusan rekod perubatan pesakit mengikut garispanduan dan akta Arkib Negara Malaysia.
Pengurusan laporan perubatan
Laporan perubatan biasa, laporan pakar, laporan bedah siasat (post mortem) dan laporan perubatan lain yang
dipohon oleh pesakit, waris, pihak insuran, polis, mahkamah, badan berkanun, jabatan kerajaan dan agensi lain.

