Page 136 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 136
136 |
3.0 UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (UKAPS)2245
Pengenalan
Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) merupakan salah satu unit di bawah Program Perubatan, Jabatan
Kesihatan Negeri Perlis.
Visi
Ke arah Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Yang Selamat dan Berkualiti.
Misi
Mengawal dan Mengawalselia Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Melalui Penguatkuasaan Akta
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-peraturan serta Akta-akta yang
berkaitan.
Motto
“Keselamatan Pesakit Diutamakan, Penjagaan Kesihatan Berkualiti Dipastikan”
3.1 Objektif
1. Memastikan semua Klinik Perubatan dan Pergigian Swasta didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
2. Memastikan semua Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta selain dari Klinik Perubatan
Swasta dan Klinik Pergigian Swasta dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 dan lain-lain akta berkaitan yang akan diwartakan.
3. Memastikan semua Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta mematuhi kehendak di
bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturan-peraturannya.
4. Menguatkuasakan undang-undang Akta 586 terhadap pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran
dan orang yang bertanggungjawab oleh anggota penguatkuasa yang berintegriti.
3.2 Fungsi
1. Melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
(Akta 586) dan peraturan-peraturannya serta perintah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
2. Memproses permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan
perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang melibatkan klinik perubatan dan pergigian swasta, hospital
swasta, hopsital psikiatri swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, rumah jagaan kejururawatan swasta,
rumah kejururawatan psikiatri swasta, rumah bersalin swasta, bank darah swasta (termasuk cord blood
bank), pusat hemodialisis swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan lain-lain.
3. Mengendalikan aduan dan aktiviti-akiviti penguatkuasaan bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan
kesihatan swasta dan perkara yang berkaitan dengannya.
4. Mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta 586 termasuk peruntukan-
peruntukan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti yang berterusan.
3.3 Bidang-Kuasa Dan Tanggungjawab
Bertanggungjawab dalam memantau (monitor), mengawal (control) dan mengawalselia (regulate) kemudahan dan

