Page 204 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 204
204 |
CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI
Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) berperanan dalam mengawal pengimportan, pengeluaran, pengendalian, pengedaran,
pengilangan, dan penjualan ubat-ubatan selaras dengan akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan. Objektif utama
yang disasarkan ialah bagi memastikan keluaran farmaseutikal yang digunakan oleh pengguna terjamin dari segi keselamatan,
keberkesanan dan kualitinya. Pendekatan yang diambil oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi dalam menangani isu-isu berkaitan
ubat tidak berdaftar dan perlanggaran peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ialah melalui “preventive” (mencegah) dan
“punitive” (mengenakan tindakan undang-undang).
Aktiviti penguatkuasaan dijalankan berlandaskan kepada undang-undang berikut:
(i) Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya
(ii) Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturannya
(iii) Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-peraturannya
(iv) Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Peraturan-peraturannya
Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi ialah:
(I) Pemeriksaan
(II) Pelesenan
(III) Risikan dan operasi
(IV) Penyiasatan dan Pendakwaan
(V) Kawalan pintu masuk
(VI) Pencegahan dan kesedaran pengguna
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
(I) Pemeriksaan
Pemeriksaan premis dijalankan terhadap premis berdaftar, premis berlesen dan juga premis yang menjalankan pengendalian ubat-
ubatan dan kosmetik termasuklah kiosk, kedai kecantikan, spa, stokis, syarikat jualan langsung, kedai haiwan, gerai jualan di tapak
ekspo, atau pasar tani / pasar malam. Pemeriksaan premis berdaftar dan berlesen dijalankan secara berjadual iaitu setiap premis
diwajibkan untuk diperiksa sekali dalam setahun. Pemeriksaan rutin tersebut turut melibatkan pemeriksaan auditan terhadap bahan
terkawal seperti bahan psikotropik dan bahan mengandungi dextromethorphan dan pseudoephederine.
Bagi pemeriksaan di premis atau gerai-gerai pula, pendidikan tentang keperluan produk berdaftar serta penerangan berkaitan
pengiklanan akan diberi. Sekiranya terdapat perlanggaran undang-undang yang nyata, tindakan rampasan akan diambil bagi produk
keluaran tidak berdaftar manakala surat amaran iklan akan dikeluarkan bagi kesalahan iklan.

