Page 201 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 201
| 201
(VII) PERKHIDMATAN PEMONITORAN TERAPEUTIK UBAT (TDM)
Perkhidmatan pemonitoran terapeutik ubat dijalankan bagi memastikan penggunaan ubat adalah efektif dan selamat.
Terdapat 10 jenis ubat yang dipantau menggunakan kaedah TDM, iaitu yang mempunyai julat terapeutik yang
kecil, contohnya antibiotik seperti Gentamicin, Vancomicin, Amikacin dan ubat anti-epilepsi seperti Valproic Acid,
Phenobarbitone, Phenytoin, Carbamazepine, dan ubat penyakit asma seperti Theophylline, dan ubat penyakit jantung
seperti Digoxin dan pengesanan toksisiti seperti Paracetamol.
Jadual 14 : Aktiviti Pemonitoran Terapeutik Ubat
Tahun 2014 2015 2016 2017
Bilangan Kes 1,766 1,644 1,849 2,204
Bilangan Ujian 2,675 2,245 2,230 1,672
(VIII) PERKHIDMATAN REKONSTITUSI UBAT SITOTOKSIK (CDR)
Hospital Tuanku Fauziah tidak mempunyai fasiliti/ bilik bersih yang sesuai untuk menyediakan sediaan farmaseutikal
steril, oleh itu pada permulaannya sediaan CDR disediakan di Hospital Kulim dan kemudiannya pada pertengahan
tahun 2013 ia dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Sediaan CDR disediakan oleh Pegawai Farmasi dengan
bantuan Penolong Pegawai Farmasi pada setiap hari Rabu setiap minggu di fasiliti tersebut.
Jadual 15 : Aktiviti Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
Tahun 2014 2015 2016 2017
Bilangan Kes 270 271 367 99
Bilangan Sediaan 783 715 1,289 1,418
(IX) RAWATAN TERAPI GANTIAN METADON
Hospital Tuanku Fauziah telah memulakan program Rawatan Terapi Gantian Metadon untuk penagih tegar pada 15
Disember 2006. Program ini masih berjalan dengan aktifnya walaupun berlaku kes `tidak aktif / tercicir`. Bahagian
Perkhidmatan Farmasi , KKM telah melancarkan Perkhidmatan Farmasi Methadone 1Malaysia (M1M) yang bertujuan
untuk memudahkan pesakit methadone yang perlu ke luar kawasan (mobile) bagi mendapatkan rawatan Methadone
secara berterusan di mana-mana fasiliti Methadone KKM.
Jadual 16: Aktiviti Rawatan Terapi Gantian Metadon
Hospital / Jumlah Pesakit Rawatan Terapi Gantian Metadon
Klinik Kesihatan Tahun Berdaftar Aktif Tidak Aktif / Tercicir
2014 436 202 234
2015 484 175 309
Hospital 2016 499 171 328
2017 657 146 803

