Page 34 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 34
34 |
ii. Projek Secara Lantikan Terus:
a) Kerja-kerja naiktaraf dan membekal serta memasang papan agihan baru di ruang menunggu MCH di KK Kg
Gial.
b) Kerja-kerja pengagihan semula bekalan dan phase balancing di KK Kangar.
c) Kerja-kerja naiktaraf bekalan di OPD Zon 2 di KK Beseri.
d) Kerja-kerja naiktaraf bekalan di OPD KK Kaki Bukit.
e) Kerja-kerja mewujudkan longkang dari klinik ke longkang besar di KD Panggas.
Jadual 9:Bilangan ProjekYang Mematuhi TempohSiap kerja
Bilangan Projek Yang Mematuhi
Bilangan Projek Tempoh Siap kerja Sasaran Pencapaian
12 12 100% 100%
PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN (PATA)
Objektif
Objektif utama Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah
mewujudkan Struktur Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan bagi memastikan pengurusan aset tak alih dapat dilaksanakan
dengan lebih sistematik dan strategik.
Pencapaian 2017
Sasaran bagi Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) adalah 100% pendaftaran premis aset didaftarkan.Sepanjang 2017, sebanyak 86
premis aset dan 5,634 aset khusus dan 2,590 komponen di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah didaftarkan seperti Jadual
10.
Jadual 10:Jumlah Pendaftaran Aset Tak Alih
Perkara Jumlah Pendaftaran Sasaran Pencapaian
Daftar Aset Premis (DPA) 86 100% 100%
Daftar Aset Khusus Ruang 5,634 100% 100%
(DAK) Komponen 2,590 70% 72.1099015%
PENYELENGGARAAN KOMPLEKS JKN PERLIS
Objektif
Objektif utama Penyelenggaraan Kompleks JKN Perlis yang dilaksanakan oleh Unit Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
adalah untuk mengurus dan memastikan penyelenggaraan dan pembaikan kompleks dapat dilaksanakan secara komprehensif
dan sistematik serta sentiasa berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.

