Page 35 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 35
| 35
Pencapaian 2017
Sepanjang 2017sebanyak 52 bilangan aduan kerosakan bangunan kompleks JKN Perlis dilaporkan. Sasaran bagi Penyelenggaraan
Kompleks JKN Perlis adalah memastikan semua aduan kerosakan yang dilaporkan perlu disiasat dalam tempoh 2 hari bekerja
seperti Jadual 11.
Jadual 11:Pencapaian Pengurusan Aduan Kerosakan
Bilangan Aduan Kerosakan Yang Bilangan Siasatan Kerosakan Dalam Sasaran Pencapaian
Dilaporkan Tempoh 2 Hari Bekerja
52 52 100% 100%
BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING LUAR BANDAR (BAKAS)
Objektif
Objektif utama program BAKAS yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk mencegah serta
mengawal kejadian penyakit-penyakit bawaan air dan makanan di kalangan penduduk luarbandar dengan cara mempertingkatkan
kebersihan alam sekeliling dan mutu bekalan air melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air bersih dan sistem sanitasi yang
sempurna.
Projek Bakas 2017
Pada tahun 2017, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 dari Bahagian
Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melaksanakan projek Sambungan Paip JKR/KKM. Sebanyak
34 rumah disasarkan mendapat kemudahan Sambungan Paip JKR/KKM pada tahun 2017. Manakala, peruntukan sebanyak
RM12,000.00 diterima bagi projek tandas. Sebanyak 8 buah rumah disasarkan mendapat bantuan subsidi bagi pembinaan tandas.
Jadual 12 : Pencapaian Projek Bekalan Air Sambungan JKR/KKM, Negeri Perlis, 2017
Jumlah rumah mendapat Bilangan Yang Mendapat Kemudahan
Sasaran Projek kemudahan Peratus
Rumah Penduduk
34 34 100 34 142
Liputan Bekalan Air Selamat, Tandas Sempurna, SPAL, SPSP
Pada keseluruhannya liputan bekalan air selamat kawasan luar bandar berjumlah 33,632 rumah atau 97.88% manakala liputan
tandas sempurna mencapai 97.32% atau 33,438 rumah. Untuk sistem SPAL, liputan rumah yang mempunyai SPAL mencapai
63.52% iaitu 21,826 rumah manakala liputan jumlah rumah mempunyai SPSP memuaskan mencapai 20,936 buah rumah iaitu
60.93% (Jadual 13) .

