Page 9 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 9

|   ix







            1.     UNIT KHIDMAT PENGURUSAN


            1.1    PENDAHULUAN
                   Unit Khidmat Pengurusan telah diberikan nama baru dimana dahulunya dikenali sebagai Unit Pentadbiran.  Fungsi Unit
                   Khidmat Pengurusan masih tidak berubah dan masih mengekalkan fungsi unit pentadbiran.  Unit Khidmat Pengurusan
                   yang terletak di bawah seliaan Bahagian Pengurusan, berperanan sebagai nadi penggerak kepada Jabatan Kesihatan
                   Negeri Perlis. Unit ini bertanggungjawab dalam menerima dan menyebarkan semua maklumat berkaitan penerimaan
                   surat kepada semua PTJ-PTJ yang berfungsi di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.


            1.2    SUMBER MANUSIA
                   Unit Khidmat Pengurusan dianggotai oleh  Kakitangan Sokongan dari Gred H11 hingga Gred N32.   Ia diketuai oleh
                   Penolong Pegawai Tadbir N32 dan dibantu oleh beberapa anggota sokongan yang lain. Jumlah keanggotaan seperti di
                   Jadual 1.

                           Jadual  1:  Jumlah Keanggotaan Unit Khidmat Pengurusan
             Bil.   Jawatan                                             Bil Anggota (Pengisian)
             1      Penolong Pegawai Tadbir N32 (Ketua Unit)                    1
             2      Penolong Pegawai Tadbir N29                                 1
             3.     Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP)                             1
             4      Pembantu Tadbir (P/O) N19                                   3
             5      Pegawai Khidmat Pelanggan N19                               2
             6      Pembantu Operasi N11                                        2
             7      Pembantu Awam H11                                           4
             8      Pemandu  H11 & H14                                          5
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14