Page 66 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 66

66   |







                 Sejumlah 301 kes manusia yang telah digigit dari 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2017 melibatkan
                 sebanyak 279 ekor anjing dan 22 ekor monyet.

                 Sepanjang tahun 2017, seramai 112 kes manusia yang telah digigit melibatkan sebanyak 109 ekor anjing dan 3 ekor
                 monyet.  Pada tahun 2017 semua sample otak haiwan yang diambil adalah negative.


                 3.2   KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)

                       Objektif Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit :
                       i)    Menjalankan surveilans terhadap kejadian penyakit tidak berjangkit, serta pemantauan Program
                            Penderaan dan Keganasan

                       ii)    Menurunkan morbiditi dan mortaliti penyakit tidak berjangkit

                       iii)    Merancang dan menyelaras perkhidmatan penyakit tidak berjangkit menurut seting komuniti, sekolah dan
                            persekitaran tempat kerja

                       iv)   Memantau tren kejadian penyakit tidak berjangkit dan faktor risiko yang berkaitan di kalangan masyarakat
                            dan menawarkan pilihan intervensi kesihatan yang bersesuaian, termasuk pengurangan kemudaratan
                            penggunaan rokok dan alkohol

                       v)    Meningkatkan tahap kesedaran dan tingkahlaku masyarakat tehadap kesihatan melalui amalan gaya
                            hidup yang sihat

                       vi)   Merancang dan melaksanakan latihan, bengkel, kursus, mesyuarat dan seminar berkaitan penyakit tidak
                            berjangkit .


                 3.2.1   Program NCD (Non-Communicable Diseases)
                       Prestasi pengesanan faktor risiko NCD secara opportunistik di kalangan orang awam yang hadir ke klinik-klinik
                       kesihatan di Perlis menunjukkan tren peningkatan sejak tahun 2012 . Peratusan individu yang mempunyai risiko
                       penyakit NCD juga kekal tinggi pada tahun 2017 dan tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding tahun
                       sebelumnya (69.4% bagi tahun 2017 berbandung 69.8% bagi tahun 2016) (Jadual 19).

                       Pencapaian saringan kendiri di ruang periksa kendiri yang disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi masyarakat
                       yang datang ke klinik juga menunjukkan tren yang sama (Rajah 23 Carta Bar, Rajah 24 Carta Pai).

                       Masalah berlebihan berat badan masih menjadi masalah kesihatan utama dan perlu diberi perhatian utama.
                       Jadual 19:  Prestasi Program Saringan NCD (Opp. NCD  Screening)  Klinik- klinik kesihatan,
                                           Negeri Perlis, Tahun 2012 – 2017

                           Jumlah kehadiran kes pesakit luar (kes   Jumlah pesakit   Jumlah pesakit ada
                 Tahun
                                baru berumur > 20 tahun)       disaring         risiko NCD
                  2012                116,673                9,665 (8.3%)      6,994 (72.4%)
                  2013                113,366                10,856 (9.5%)     8,072 (74.3%)
                  2014                125,172               13,225 (10.6%)     9,384 (70.9%)
                  2015                138,031               17,816 (12.9%)     12,372 (69.4%)
                  2016                 90429                 13040 (14.4%)     9100 (69.8%)
                  2017                 97588                 11047 (11.32%      7671(69.4%)
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71