Page 61 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 61
| 61
Selain itu, satu gerai pameran tentang pemakanan sihat telah dibuka. Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke gerai, roda
impian berkaitan pemakanan sihat telah disediakan. Pengunjung-pengunjung dapat mempelajari cara makan secara
sihat serta dapat berkongsi maklumat daripada kami.
6. Kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan Makanan dan Pemakanan di kalangan pelajar sekolah menengah yang
obesiti dan berlebihan brat badan di sekolah-sekolah yang terpilih di negeri Perlis
Kesihatan yang baik merupakan aset terpenting yang tidak dapat dijual beli. Kesihatan dan penampilan merupakan
aspek yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akan
membuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan dengan masyarakat. Namun demikian, melalui data NHMS
2015 didapati prevalen remaja di Perlis mengalami masalah berkaitan obesiti dan berlebihan berat badan semakin
meningkat berbanding NHMS 2011 . Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai status pengetahuan, sikap
dan amalan makanan dan pemakanan di kalangan pelajar sekolah menengah yang obesiti dan berlebihan berat badan
di sekolah-sekolah yang terpilih di negeri Perlis.
Sebanyak 122 pelajar sekolah yang berumur 16 tahun telah terpilih daripada 7 buah sekolah untuk menyertai kajian
ini. Borang soal selidik kajian KAP Makanan dan Pemakanan untuk pelajar sekolah menengah telah digunakan dalam
kajian ini. Kesimpulannya, kajian ini mendapati pelajar perempuan mempunyai status pengetahuan yang tinggi tetapi
mempunyai sikap dan amalan makanan dan pemakanan yang rendah berbanding pelajar lelaki.

