Page 65 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 65
| 65
seramai 15,614 orang berbanding 15,905 pada tahun 2009. Penurunan yang dicatitkan adalah
sebanyak 1.8%.
3.1.6.3 MERS-COV
Pada tahun 2017, sejumlah 42 kes telah diklasifikasikan sebagai PUI MERS-CoV dan kesemua
mereka telah disahkan bebas daripada jangkitan.
3.1.7 Kejadian Wabak Rabies
Negara Malaysia telah dimasukkan sebagai negara Bebas Rabies pada tahun 2012 oleh Pertubuhan OIE. Kes
manusia terakhir disahkan Rabies di Malaysia ialah pada tahun 1998 dan kes haiwan terakhir disahkan Rabies di
Malaysia ialah pada tahun 1999. Manakala di Perlis, kes manusia dan haiwan yang terakhir positif Rabies ialah
pada tahun 1992. Tetapi pada 18 Ogos 2015, terdapat seekor anjing yang terlibat kes gigitan yang dilaporkan di
Felcra Lubok Sireh, telah disahkan positif Rabies oleh pihak DVS Perlis. Anjing berkenaan telah menggigit tuannya
pada 27 Julai 2015. Rawatan vaksinasi Rabies telah diberi kepada kes manusia berkenaan dan kes manusia
berkenaan adalah sihat tanpa sebarang simptom Rabies. Seterusnya pihak DVS Perlis telah mewartakan seluruh
negeri Perlis sebagai zon wabak Rabies pada 19 Ogos 2015.
Pihak JKN Perlis telah meneruskan aktiviti yang telah bermula dari tahun 2015 iaitu menyelaraskan tindakan
kawalan dan pencegahan seperti berikut:
1. Membuka Bilik Gerakan Kawalan dan Pencegahan Rabies di CPRC JKN Perlis. Bilik Gerakan ini
bagi memantau dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan yang dijalankan.
2. Memperkukuhkan pengurusan mangsa (pesakit) terkena gigitan anjing atau haiwan liar.
3. Pengeluaran health alert kepada pengamal perubatan kerajaan dan swasta berkaitan pengesanan
anjing dengan jangkitan rabies dan keperluan membuat notifikasi kes gigitan anjing / haiwan liar.
4. Mengukuhkan aktiviti survelan pemantauan kes gigitan anjing atau haiwan liar dan notifikasi kes
gigitan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Seterusnya PKD akan menotifikasikan kes gigitan ini
kepada pihak JPV.
5. Menyediakan stockpile vaksin rabies dan rabies immunoglobulin (RIG).
6. Meningkatkan aktiviti promosi kesihatan berkaitan penyakit rabies, punca jangkitan dan langkah-
langkah pencegahan kepada penduduk tempatan, anggota kesihatan dan anggota JPV.
7. Meningkatkan hubungan kerjasama dengan pihak JPV terutama dari segi perkongsian maklumat
kes gigitan anjing dan haiwan liar.
Jadual 18: Status Kes Gigitan Dinotifikasi Mengikut Rawatan Yang Diberi (daripada 1 Januari 2016 hingga
31 Disember 2017)
Bil. Kes Gigitan Status Kes Manusia (Mangsa Gigitan) Jenis Rawatan Diberi Kepada Manusia
Dinotifikasi (Mangsa Gigitan)
Rawatan Rawatan Pesakit Mati Vaksin Rabies Vaksin Rabies + RIG
301 Pesakit Luar Dalam
295 6 0 261 14

