Soalan Lazim

Maklumat Perkhidmatan Kesihatan
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.
Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia. Maklumat mengenai status keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK boleh layari laman web www.bpfk.gov.my.
Produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ‘Drug Registration Guidance Document’ (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Permohonan pendaftaran produk perlu dikemukakan secara online melalui sistem online Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), QUEST 3. Produk herba boleh diklasifikasikan dalam kategori produk tradisional dan suplemen kesihatan. Borang ini juga boleh didapati daripada laman web tersebut (bahagian borang) borang (BPFK-003). Proses klasifikasi produk yang dijalankan secara percuma. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya akan mendaftar produk yang berkesan, selamat dan berkualiti. Sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan semasa permohonan pendaftaran tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan permohonan pendaftaran produk ditolak. Maklumat lanjut perkara ini boleh diperolehi dengan melayari laman web BPFK iaitu www.bpfk.gov.my.
Ada. Terdapat 2 Klinik yang memberi rawatan selepas waktu pejabat di Negeri Perlis iaitu Klinik Kesihatan Kangar dan Klinik Kesihatan Kuala Perlis.