PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
- Menjadi Penghubung Antara Hospital Dan Pelanggan/Komuniti.
- Mengadakan Lawatan Ke Hospital.
PERATURAN-PERATURAN LAWATAN
- Seelok-eloknya lawatan hendaklah dibuat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang tiga bulan sekali.
- Bilangan Ahli Lembaga Pelawat dalam setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan lawatan.
- Ahli Lembaga Pelawat tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan.
- Ahli Lembaga Pelawat adalah dilarang membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.
- Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada semua ahli lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urusetia.
- Hasil lawatan hendaklah dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Ahli lembaga Pelawat.
SEMASA LAWATAN
Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat daripasa pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit di wad mengenai :
- Makanan
- Kebersihan
- Layanan kakitangan-kakitangan hospital
- Pakaian
- Tempat tidur dan lain-lain kemudahan yang diberi.
Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana jabatan dan unit dalam hospital termasuk wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.
TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK DIGALAKKAN UNTUK LAWATAN
- Bahagian Kesucian Hama (CSSD) - Risiko jangkitan
- Wad Pengasingan/Rawatan Rapi - Risiko Jangkitan
- Memeriksa Rekod Pesakit - Sulit
- Dewan Pembedahan
- Bilik Bersalin
- Stor Perubatan
MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI HOSPITAL
Ahli Lembaga Pelawat boleh melibatkan diri dalam aktiviti hospital dan komuniti seperti Kempen Menderma Darah, Kempen Anti Merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga Pelawat juga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program yang membina.