TERAS PIAGAM
Hospital Tuanku Fauziah komited untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, berpasukan, penyayang, selamat dan berkualiti:
- Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan disediakan (Pencapaian Kajian Kepuasan Pelanggan menunjukkan ≥ 90% pelanggan berpuashati).
- Setiap aduan akan diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.
- Laporan perubatan disiapkan dalam tempoh ≤ 4 minggu (28 hari bekerja).
- Pesakit diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran di Klinik Pakar.
- Semua pesakit di jabatan Kecemasan akan diberi rawtaan dalam tempoh mengikut kriteria berikut:
- Zon Merah: diperikasa segera
- Zon Kuning : diperiksa dalam masa 15 minit
- Zon Hijau : diperiksa dalam masa 90 minit
- Urusan discaj pelanggan akan diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Pesakit akan diberi perkhidmatan oleh Pegawai Perubatan Pakar sekurang-kurangnya satu kali sepanjang berada di wad.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Kerjasama pelanggan adalah dimohon untuk:
- Mematuhi semua temujanji, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak hospital,
- Bersedia dengan maklumat dan dokumen yang diperlukan,
- Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.