WAKTU MELAWAT
Lawatan keluarga dan rakan-rakan pesakit boleh memberikan semangat dan dorongan kepada mereka sepanjang berada di hospital. Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab hospital untuk memastikan waktu lawatan dipatuhi demi keselamatan pesakit dan juga membolehkan kakitangan perubatan melaksanakan tugas mereka memberi rawatan kepada pesakit.
Kerjasama semua amat dihargai dalam hal ini.
Waktu melawat setiap hari Isnin hingga Jumaat:
▪ 12.30 tengahari - 2.00 petang
▪ 4.30 petang - 7.00 petang
Waktu melawat hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am:
▪ 12.30 tengahari - 7.00 petang (kecuali Wad Obstetrik dan Wad-wad kritikal)
- Wad Obstetrik & Wad Kritikal:
▪ 12.30 tengahari hingga 02.00 petang
▪ 4.30 petang hingga 07.00 petang
Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan untuk melawat pesakit di wad.

resolusi 1360*768