Page 103 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 103
| 103
3.7.1.2 Penyakit Pekerjaan
Sepanjang tahun 2017, terdapat 1 kes penyakit kulit pekerjaan dan 2 kes menghidap penyakit TB. Semua
kes telah mendapat rawatan.
Jadual 57: Bilangan Kes dan Jenis TB Anggota Kesihatan 2010-2016
4
3
Bilangan Kes 2 1
0
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016
PTB smear positif 1 1 1 3 3 0 1
PTB smear negatif 0 0 2 0 0 0 1
ekstrapulmonary TB 0 1 2 2 0 1 0
3.7.1.3 Kepastian Kualiti Program (QA/NIA) Kesihatan Pekerjaan : Kadar Insiden Tertusuk Jarum per 1000 Di
Kalangan Anggota Kesihatan Berisiko 2017
Kadar insiden tertusuk jarum dalam kalangan anggota kesihatan pada tahun 2017 adalah 6.2 per 1000
anggota (Rajah 44).
Di antara punca terjadinya kejadian tertusuk jarum yang dikenalpasti ialah:
i. Kecuaian dan tidak berhati-hati ketika menjalankan prosedur menggunakan jarum
ii. Kurang mahir dan kurang pengalaman dalam mengendalikan peralatan jarum.
iii. Pengurusan sisa alatan tajam yang tidak mematuhi SOP (contoh sisa alatan tajam tidak dibuang terus ke
‘sharp bin’ atau dilupus dalan beg sisa domestik).
Beberapa langkah- langkah penambahbaikan seperti meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan amalan
mengenai ‘Standard Precaution’, penempatan latihan pegawai perubatan siswazah di Unit Kawalan
Infeksi, audit pelupusan sisa alatan tajam dan promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah
dijalankan.

