Page 104 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 104
104 |
Rajah 44: Kadar Insiden Tertusuk Jarum per 1000 Di Kalangan Anggota Kesihatan
Berisiko 2011-2017
3.7.1.4 Surveilan Kecederaan Alatan Tajam /Sharp Injury Surveillance (SIS)
Sepanjang tahun 2017, terdapat 19 kes kecederaan alatan tajam telah dilaporkan . Dibawah program ini,
setiap kes kecederaan akibat alatan tajam yang dilaporkan akan dirujuk ke Klinik Pakar Perubatan Hospital
Tuanku Fauziah untuk saringan, penentuan risiko jangkitan virus HIV, Hepatitis B & Hepatitis C dan rawatan
sehingga 6 bulan dari tarikh insiden kecederaan. Berdasarkan 19 kes kecederaan alatan tajam (sharp injury)
yang menjalani tindaksusul di Klinik Perubatan Hospital Tuanku Fauziah, mendapati tiada anggota kesihatan
dijangkiti Hepatitis B & C dan HIV.
3.7.1.5 Program imunisasi Hepatitis B Anggota Kesihatan Berisiko
Pencapaian Imunisasi Hepatitis B anggota kesihatan berisiko (Kumpulan 1) telah mencapai sasaran
Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencapai 60% anggota kesihatan berisiko Kumpulan 1 mendapat
imunisasi lengkap (Jadual 58)
Jadual 58: Pencapaian Program Imunisasi Hep B Anggota Kesihatan Berisiko
(Kumpulan 1), Negeri Perlis, 2016
Bil.dpt imunisasi Bil dapat Bil.anti Hbs
Bil
Fasiliti Bil. daftar lengkap/ result anti reaktif
(%) Hbs (pos. imun/ulangan)
PKD 25 25 13 (52%) 16 12
HTF 99 92 91 (99%/) 63 63
JUMLAH 124 117 104 (89%) 79 75
Sasaran KKM: ≥50% anggota kesihatan berisiko mendapat dos imunisasi lengkap
Pencapaian Imunisasi Hepatitis B anggota kesihatan berisiko (Kumpulan 2) telah mencapai sasaran Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu mencapai 90 % anggota kesihatan berisiko Kumpulan 2 menjalani saringan Anti HBs (Jadual 59)

