Page 102 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 102

102   |







                    Penutup
                    Secara amnya kadar pengesanan kes Tibi di Perlis masih rendah. Aktiviti pengesanan kes perlu dijalankan dengan
                    lebih menyeluruh melibatkan lebih banyak saringan ke atas kes berisiko tinggi.  Walaubagaimanapun pengurusan
                    kes-kes  Tibi berada pada tahap yang tinggi  dan setanding  negeri-negeri  lain. Pelaksanaan  Public  –Private  mix
                    bagi mengukuhkan lagi kerjasama pihak pengamal perubatan swasta dan kesihatan sedang dipertingkatkan bagi
                    membolehkan lebih banyak lagi kes-kes Tibi dikesan. Kewujudan kes kusta baru setelah sekian lama menunjukkan
                    kepentingan melakukan saringan secara aktif bagi mengesan lebih banyak lagi penyakit tersebut


           3.7      PROGRAM KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR
                                3.7.1   KESIHATAN PEKERJAAN
                                3.7.1.1  Notifikasi Kemalangan Dan Kecederaan Anggota Kesihatan Di Tempat Kerja
                          Semua kemalangan dan kecederaan yang melibatkan anggota kesihatan di fasiliti kesihatan akan dinotifikasi
                          kepada Unit Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Sepanjang tahun 2017 sebanyak 31 kes
                          kemalangan atau dan kecederaan di kalangan anggota kesihatan telah dilaporkan (Rajah 43). Kebanyakan
                          kes adalah disebabkan kejadian kecederaan akibat  alatan tajam (sharps injury)  iaitu 17 kes (55%). Ini diikuti
                          dengan 9 kes (29%) akibat kemalangan jalan raya semasa tugas rasmi dan dalam perjalanan pergi  balik
                          kerja, 4 kes (13%) jatuh di tempat kerja, 1 kes kecederaan  lain-lain (3%).


                      Rajah 43:  Bilangan Kes Kemalangan di Tempat Kerja dan Penyakit Pekerjaan Yang Telah Di Notifikasi
                      2012-2017
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107