Page 106 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 106
106 |
3.8 BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING LUAR BANDAR (BAKAS)
Objektif
Objektif utama program BAKAS yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk mencegah serta
mengawal kejadian penyakit-penyakit bawaan air dan makanan di kalangan penduduk luar bandar dengan cara mempertingkatkan
kebersihan alam sekeliling dan mutu bekalan air melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air bersih dan sistem sanitasi yang
sempurna.
3.8.1 Projek Bakas 2017
Pada tahun 2017, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00
dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melaksanakan projek
Sambungan Paip JKR/KKM. Sebanyak 34 rumah disasarkan mendapat kemudahan Sambungan Paip JKR/
KKM pada tahun 2017. Manakala, peruntukan sebanyak RM12,000.00 diterima bagi projek tandas. Sebanyak
8 buah rumah disasarkan mendapat bantuan subsidi bagi pembinaan tandas.
Jadual 62 : Pencapaian Projek Bekalan Air Sambungan JKR/KKM, Negeri Perlis, 2017
Jumlah rumah Bilangan Yang Mendapat Kemudahan
Sasaran Projek mendapat Peratus
kemudahan Rumah Penduduk
34 34 100 34 142
3.8.1.1 Liputan Bekalan Air Selamat, Tandas Sempurna, SPAL, SPSP
Pada keseluruhannya liputan bekalan air selamat kawasan luar bandar berjumlah 33,632 rumah atau 97.88%
manakala liputan tandas sempurna mencapai 97.32% atau 33,438 rumah. Untuk sistem SPAL, liputan rumah
yang mempunyai SPAL mencapai 63.52% iaitu 21,826 rumah manakala liputan jumlah rumah mempunyai
SPSP memuaskan mencapai 20,936 buah rumah iaitu 60.93% (JADUAL 8) .
JADUAL 63: Liputan Projek BAKAS, Negeri Perlis, 2017
2017 Bil. Rumah Tiada
PROJEK
RUMAH % LIPUTAN Kemudahan ( % )
Jumlah Rumah Luar Bandar 34,360 -
Bekalan Air Sempurna 33,632 97.88% 728 ( 2.12 % )
Tandas Sempurna 33,438 97.32% 922 ( 2.68% )
Sistem Pelupusan Air Limbah (SPAL) 21,826 63.52% 12,534 (36.48% )
Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (SPSP) 20,936 60.93% 13,424 (39.07% )

