Page 12 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 12
12 |
Jadual 5: Jumlah Keseluruhan Pengendalian Surat Keluar
BIL PERKARA JUMLAH
1. Pengendalian Surat Keluar melalui Pos Biasa 289
2. Pengendalian Surat Keluar melalui Pos Berdaftar 320
3 Pengendalian Surat Keluar melalui Pos Laju 500
4 Pengendalian Surat Keluar melalui Penghantaran despatch 16598
2. Selain itu Unit Khidmat Pengurusan juga bertanggungjawab untuk menjadi Urusetia bagi majlis yang
diadakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis diantaranya adalah seperti Jadual 6:
Jadual 6: Sebagai Urusetia Majlis dan Urusetia Pengangkutan bagi majlis yang diadakan oleh KKM dan JKNPs.
BIL ACARA TARIKH DIADAKAN
1 Majlis Apresiasi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis 2016 6 April 2017
2 Majlis Perasmian Blok B Hospital Tuanku Fauziah 9 Mei 2017
3 Gotong Royong Bubur Lambuk 15 Jun 2017
4 Hari Bersama Pelanggan Unit Sumber Manusia JKN Perlis 13 September 2017
5 Program Percambahan Minda JKN Perlis 30 November 2017
2. UNIT SUMBER MANUSIA
OBJEKTIF
Objektif Unit Sumber Manusia adalah untuk memastikan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mempunyai struktur organisasi
yang sesuai dan kekosongan yang optimum, produktif serta berkualiti bagi membantu organisasi melaksanakan aktiviti-
aktiviti dengan cekap dan berkesan.
Skop pengurusan Sumber Manusia melibatkan urusan Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Sumber Manusia
seperti berikut:-
i. Perkhidmatan
ii. Perjawatan
iii. HRMIS
iv. Latihan
Pengurusan Sumber Manusia peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri (Pengurusan) dan dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) Gred M48, seorang Penolong
Pegawai Tadbir Gred N32, seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, 2 orang Pembantu Tadbir Gred N26, 2 orang
Pembantu Tadbir Gred N22 serta 12 orang Pembantu Tadbir Gred N19.
PENCAPAIAN
A. UNIT PERKHIDMATAN
Urusan perkhidmatan bertanggungjawab dari segi pelantikan, perletakan jawatan sehingga anggota bersara.
Ianya meliputi aspek pengurusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen,
kenaikan pangkat, cuti dan lain-lain yang merangkumi aspek perkhidmatan. Selain itu, sebanyak 659
permohonan lawatan ke luar negara telah diterima untuk diberikan kelulusan pada tahun 2017.

