Page 143 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 143
| 143
VISI KEMENTERIAN KESIHATAN
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan
yang lebih baik
MISI KEMENTERIAN KESIHATAN
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
• mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
• menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
• mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
• mengutamakan pelanggan
• saksama
• tidak membebankan
• cekap
• wajar mengikut teknologi
• boleh disesuaikan mengikut persekitaran
• inovatif
iii. dengan menekankan:
• sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
• sifat menghormati maruah insan
• penglibatan masyarakat
VISI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PERLIS
Untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk melalui promosi kesihatan pergigian dengan penekanan terhadap penjagaan
yang bertumpukan pesakit dan pewujudan perkongsian untuk kesihatan
MISI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan
yang adil dan saksama,cekap,mampu disediakan dan diperoleh, berteknologi sesuai,serasi pelanggan dan bersesuaian dengan
persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta
menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupa

