Page 148 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 148

148   |







           4.2 .    PENGURUSAN  SUMBER TENAGA MANUSIA

                 BKP Perlis bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber manusia supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik
                 kepada masyarakat. Di samping menguruskan agihan sumber manusia mengikut fasiliti dan keperluan, bahagian ini juga
                 mengurus kebajikan anggota di pentadbiran ini. Pada tahun 2017 Bahagian Sumber Manusia KKM telah memberikan
                 kelulusan Pindah Butiran Pegawai Pergigian UG 54 dari KP Kangar Ke Pejabat TPKNG dan kelulusan Pertukaran Dalaman
                 untuk 3 orang  Pegawai Pergigian Gred UG 48 keatas. BKP Perlis juga telah menerima kemasukan 33 orang Pegawai
                 Pergigian Lantikan Kontrak iaitu:

                 Kohort 1 melapor diri pada 9 Januari 2017 seramai 10 orang Pegawai Pergigian
                 Kohort 2 melapor diri pada 22 Mei 2017 seramai 15 orang Pegawai Pergigian
                 Kohort 3 melapor diri pada 13 November 2017 seramai 8 orang Pegawai Pergigian

                 Kemasukan 3 orang Juruterapi Pergigian U29 di mana  pengisian jawatan Juruterapi telah penuh (61 jawatan).
                 BKP Perlis  juga telah membuat  Permohonan  Pindah Butiran yang  melibatkan  kumpulan  jawatan Pegawai Pergigian,
                 Pembantu pembedahan Pergigian  dan Pembantu Tadbir supaya agihan jawatan adalah sesuai dengan keperluan fasiliti
                 masakini.

                 Unit Pergigian Klinik Kesihatan UTC telah mula beroperasi sepenuhnya bermula 23 Oktober 2017. Seramai 15 anggota
                 telah ditempatkan secara pentadbiran untuk bertugas di klinik ini iaitu 6 pegawai pergigian, 7 pembantu pembedahan
                 pergigian, 1 pembantu perawatan kesihatan dan 1 pembantu tadbir. Oleh kerana tiada perjawatan anggota kumpulan
                 sokongan di klinik pergigian UTC, anggota anggota yang bertugas disini,  di tempatkan secara pentadbiran dari Klinik
                 Pergigian primer.

                 Daripada 348 jawatan diluluskan sebanyak 329 jawatan telah diisi iaitu 94.5%. Perjawatan di pentadbiran ini dibahagikan
                 kepada empat aktiviti: -

                             1.   Pengurusan Kesihatan Ibu Pejabat (Aktiviti 5.1.1.4.1)
                             2.   Kesihatan Pergigian Primer (Aktiviti 5.2.1.2 )
                             3.   Kesihatan Pergigian Masyarakat  (Aktiviti 5.3.1.1)
                             4.   Kesihatan Pergigian Kepakaran (Aktiviti 5.4.1.1)
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153