Page 144 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 144
144 |
OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN
KEMENTERIAN MALAYSIA
Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan
dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan
kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai taraf kesihatan bagi memboleh-kannya hidup sihat serta
menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
OBJEKTIF PERGIGIAN PERLIS
Menyediakan perkhidmatan pergigian yang berteraskan budaya kerja berpasukan, penyayang dan professional kepada
penduduk negeri Perlis agar mereka dapat menikmati tahap kesihatan mulut yang baik dan mengambil tindakan positif untuk
mempertahankannya sepanjang hayat
STRATEGI PERKHIDMATAN
KESIHATAN PERGIGIAN PERLIS
1. Mengesan awal masalah pergigian dan menyediakan rawatan hingga sempurna.
2. Menyediakan perkhidmatan pergigian yang mudah diperolehi dan mesra pelanggan.
3. Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggung jawab kepada kesihatan mulut mereka melalui
galakkan pencegahan, rawatan dan permulihan.
4. Memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran utama.
5. Memberi perkhidmatan secara professional ,memenuhi kehendak pesakit dan berteknologi sesuai
6. Memastikan sokongan dan penglibatan pihak pengurusan yang berterusan.
7. Mengadakan pendidikan pergigian berterusan dan kursus-kursus yang berkaitan kepada anggota pergigian.

