Page 146 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 146
146 |
1.0 PENDAHULUAN
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Perlis adalah salah satu sumbangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri
bagi rakyat negeri ini. Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia dipertanggungjawabkan dalam
pengurusan, pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan serta penilaian program kesihatan pergigian
mengikut dasar-dasar yang ditetapkan. Fasiliti yang disediakan adalah melalui klinik pergigian di klinik kesihatan, klinik
pakar pergigian, klinik pergigian sekolah, pasukan pergigian bergerak dan klinik pergigian bergerak. Perkhidmatan diberi
kepada semua penduduk mengikut kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak toddler dan pra-sekolah, murid sekolah, ibu
mengandung, kanak-kanak dengan keperluan khas dan warga emas.
2.0 OBJEKTIF
Objektif Program Kesihatan Pergigian ialah untuk meningkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui aktiviti
promosi, pergigian pencegahan, kuratif dan pemulihan fungsi supaya rakyat dapat mencapai tahap kesihatan pergigian
yang optima untuk menikmati kehidupan yang berkualiti dari segi fizikal, mental dan sosial.
Selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan, beberapa strategi telah digunakan untuk pelaksanaan program .
Strategi pelaksanaan bagi merealisasikan objektif adalah seperti berikut:-
• Peningkatan kesedaran kesihatan pergigian masyarakat melalui pendidikan kesihatan dan penggalakkan
• Memberi rawatan pergigian am dan rawatan Pergigian Kepakaran bersesuaian dengan teknologi semasa.
• Memberi rawatan pencegahan klinikal kepada murid-murid yang dikenalpasti
• Mengumpul dan menganalisa data serta menjalankan kajian yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan yang diberi
• Bekerjasama dengan Agensi Kerajaan dan bukan kerajaan NGO dalam pelaksanaan aktiviti ke arah
pencapaian kesihatan mulut yang optima.
• Penyediaan perkhidmatan pergigian yang berkualiti, mudah diperolehi, serasi dan berteknologi tinggi.
• Memantau paras bacaan fluorida dalam bekalan air.
3.0 PENDUDUK
Negeri Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand di utara dan Negeri Kedah
di selatan. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 795 km persegi dengan jumlah penduduk 251200 orang.
Jadual 1: Anggaran Penduduk Negeri Perlis -Tahun 2017
Anggaran Kanak-kanak Pra-Sekolah 160,89
Anggaran Murid-murid Sekolah Rendah 23,414
Anggaran Murid-murid Sekolah Menengah 19,488
Anggaran Wanita Mengandung 4,197
Anggaran Penduduk Dewasa 188,012
• Anggaran Penduduk Perlis, 2017 yang terdapat daripada portal PIK Denominator dan Enrolmen Sekolah.

