Page 158 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 158

158   |







           7.0    KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER

                 Penjagaan kesihatan pergigian primer diberi kepada masyarakat mengikut kumpulan sasaran seperti kanak-kanak
                 toddler, kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung, orang dewasa, warga emas
                 dan kanak-kanak kurang upaya.
                 Rawatan pergigian diberikan oleh Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian kepada semua kategori pesakit di semua
                 klinik pergigian termasuk Klinik Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak dan Klinik Pergigian Bergerak.
                 Pencapaian dan hasil output kerja adalah berasaskan daripada laporan HIMS:

             •   PG 207  Pegawai Pergigian
             •   PG 206  Juruterapi Pergigian
                 Pengumpulan laporan ini menunjukkan pencapaian dan prestasi perkhidmatan kesihatan pergigian primer. Program yang
                 disediakan oleh perkhidmatan ini mengikut Kumpulan sasaran ialah:-

                 9.1   Kanak-Kanak Toddler
                 9.2   Kanak-kanak Pra-Sekolah
                 9.3   Murid-Murid Sekolah Rendah / Menengah
                 9.4   Ibu Mengandung
                 9.5   Kanak-Kanak Kurang Upaya
                 9.6   Warga Emas
                 9.7   Orang Dewasa


           7.1    Kanak-Kanak Toddler

                 Prevalen karies gigi dikalangan kanak-kanak toddler adalah tinggi, justeru itu pemantapan program toddler untuk
                 menangani masalah ini di peringkat awal telah dilaksanakan mulai tahun 2008. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah
                 kesihatan pergigian (anticipatory guidance) kepada ibubapa / penjaga serta pemeriksaan gigi kanak-kanak toddler melalui
                 kaedah lift-the-lip. Latihan memberus gigi (LMG) juga diadakan untuk kanak-kanak toddler  dengan kehadiran ibubapa/
                 penjaga/pengasuh. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk kanak-kanak toddler yang datang ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak,
                 Klinik Desa dan taska kerajaan.

                 Seminar Kesihatan Pergigian telah dianjurkan untuk semua Juruterapi Pergigian dan Jururawat Kesihatan terlatih
                 daripada setiap klinik kesihatan di Negeri Perlis bagi memperkasakan dan mendapat kerjasama mereka dalam
                 melaksanakan program ini. Terdapat peningkatan kedatangan baru kanak-kanak toddler untuk LMG dan bilangan ibubapa
                 / penjaga yang diberi ceramah pada tahun 2017 (Jadual 7).


                                Jadual 7: Pencapaian Program Toddler ~ Tahun 2013 hingga 2017

            Perkara                                     2013     2014    2015     2016     2017
            Kedatangan baru kanak-kanakToddler untuk LMG  943    521      559     717      704
            Bilangan ibubapa/penjaga diberi ceramah (AG*)  2685  3850    4942     5360     7711
           *Anticipatory guidance


           7.2         Program Kanak-kanak Pra-Sekolah

                 Kanak-kanak pra-sekolah adalah antara kumpulan yang diutamakan dibawah program kesihatan pergigian primer (Never
                 too Early to start). Pendedahan di peringkat awal adalah penting kerana kesihatan pergigian kumpulan ini akan memberi
                 kesan kepada status kesihatan pergigian generasi akan datang.
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163