Page 159 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 159
| 159
Program ini memberi fokus kepada aktiviti pencegahan dan penggalakkan seperti ceramah/¢role play’ dan tunjuk ajar cara-
cara memberus gigi yang berkesan serta penjagaan kesihatan mulut untuk kanak-kanak di tadika / pra-sekolah.
Rawatan pergigian asas dengan menggunakan ART ( Atraumatic Restorative Technique ) juga diberikan kepada kanak-
kanak di setiap tadika / pra-sekolah yang dilawati di Negeri Perlis.
Melalui program ini diharap akan dapat meningkatkan tahap kesihatan pergigian serta membentuk masyarakat yang peka
terhadap kesihatan mulut sebagai satu amalan kesihatan yang penting dalam kehidupan harian. Pada tahun 2017, terdapat
peningkatan bilangan kedatangan kanak-kanak pra-sekolah berbanding tahun lepas (Rajah 3). Peratus kanak-kanak 6
tahun yang mempunyai mulut bebas karies juga telah meningkat berbanding tahun 2016 (Jadual 8)
Rajah 3: Kedatangan Baru Dan Jumlah Kedatangan kanak-kanak Pra-sekolah ~ Tahun 2013 hingga 2017
Jadual 8: Murid 6 tahun yang mempunyai mulut bebas karies – Tahun 2013 - 2017
Tahun 2013 2015 2015 2016 2017
Peratus mulut bebas karies (MBK ) kanak- 27.5% 26.4% 26.3% 30.9% 33.5%
kanak 6 tahun
7.3 Program Pergigian Sekolah
Perkhidmatan pergigian sekolah merupakan aktiviti kesihatan pergigian yang diutamakan. Program Perkhidmatan
Pergigian Sekolah diberi melalui pendekatan Incremental Dental Care, iaitu penjagaan kesihatan pergigian secara
sistematik dan komprehensif kepada murid sekolah Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima. Objektif program ini adalah
untuk mencapai status kesihatan mulut murid ke tahap ”orally-fit”. Perkhidmatan yang diberi termasuk rawatan pergigian,

