Page 160 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 160
160 |
aktiviti penggalakkan kesihatan pergigian seperti latihan memberus gigi, ceramah dan juga pencegahan klinikal.
Bagi tahun 2017, liputan sekolah rendah (76 buah) dan sekolah menengah (32 buah) ialah 100%. Peratus murid
menerima rawatan pula ialah 99.7% untuk sekolah rendah dan 98.9% untuk sekolah menengah. Didapati bahawa peratus
murid yang mencapai orally-fit status (selesai rawatan) bagi murid sekolah rendah turun 0.2% dari tahun sebelumnya dan
murid sekolah menengah turun 2.7% dari tahun 2016 ( Rajah 4).
Rajah 4: - Peratus Murid Sekolah Mencapai Orally-fit Status Bagi Tahun 2013 hingga 2017
Rajah 5 menunjukkan peningkatan dalam peratus kanak-kanak 6 tahun yang mulut bebas karies (MBK) dan penurunan peratus
murid sekolah rendah dan menengah yang tidak perlu rawatan (TPR, murid 12 tahun yang bebas karies (BK) dan peratus murid
16 tahun yang bebas karies (BK) berbanding tahun lepas .
Rajah 5: Pencapaian Impak Program Perkhidmatan Sekolah ~ Tahun 2013 – 2017

