Page 163 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 163

|   163







                            Rajah 7: Peratus kedatangan baru, kes selesai dan TPR KKdKK mengikut tahun
































            7.6     Program Warga Emas

                 Matlamat program ini adalah untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga emas (umur >60) melalui kesihatan mulut yang
                 sempurna. Di Negeri Perlis terdapat 4 institusi warga emas (tiga buah dibawah NGO dan sebuah dibawah kerajaan)
                 dimana program outreach kesihatan pergigian dilaksanakan. Terdapat peningkatan kedatangan baru warga emas untuk
                 perkhidmatan pergigian pada tahun 2017 berbanding 2016.


                                     Jadual 13: Kedatangan Warga Emas Mengikut Tahun
                     Berumur 60 tahun keatas  2012    2014      2015      2016     2017
                     Pesakit Baru            3084     3056      3098      3330     3649
                     Endentulous (Tiada gigi)  689     636      572       581       637
                     % Endentulous          22.3%     20.8%    18.46%    17.45%   17.46%





            7.7    Program Orang Dewasa

                 Perkhidmatan kesihatan pergigian  bagi orang dewasa  disediakan berdasarkan kepada permintaan orang awam.
                 Rawatan pergigian asas seperti tampalan, cabutan, penskaleran dan buatan gigi palsu disediakan manakala pelanggan
                 yang memerlukan rawatan yang lebih kompleks dirujuk kepada pakar pergigian.
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168