Page 191 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 191

|   191







            BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI


            PENDAHULUAN

            Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Negeri Perlis terdiri daripada tiga aktiviti utama ;
                   i.    Pengurusan  Farmasi Negeri
                   ii.    Amalan dan Perkembangan Farmasi Negeri
                   iii.   Penguatkuasaan Farmasi Negeri


            OBJEKTIF UMUM

            Bertanggungjawab untuk memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran
            adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional.


            OBJEKTIF KHUSUS

            i.     Menyumbang secara terus kepada penjagaan kesihatan dengan menubuhkan dan melaksanakan sistem pendaftaran
                   bagi produk farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan di samping mengawal industri farmaseutikal bagi memastikan
                   kualiti ubat-ubatan dalam negara.

            ii.    Melindungi pengguna dari ubat-ubatan yang merbahaya, iklan ubat yang memperdayakan dan semua amalan perubatan
                   yang tidak bertanggungjawab melalui penguatkuasaan semua akta dan peraturan yang berkaitan

            iii.    Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dengan memastikan
                   pengurusan pemilihan, perolehan dan pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta mempromosikan penggunaan
                   ubat yang rasional dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi klinikal dan profesional  yang terkini selaras dengan
                   perkembangan sejagat.

            iv.    Memastikan perancangan  strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan,
                   pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang
                   relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta
                   memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang
                   ditetapkan.
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196