Page 193 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 193
| 193
perkhidmatan farmasi pengeluaran & pra-bungkus, perkhidmatan maklumat ubat, perkhidmatan farmakokinetik, perkhidmatan
kaunseling dan perkhidmatan medication therapy adherence clinic (MTAC), perkhidmatan wad klinikal dan perkhidmatan perolehan&
bekalan.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
(I) PERKHIDMATAN FARMASI AMBULATORI
Pendispensan ubat untuk pesakit luar adalah aktiviti utama yang dijalankan di farmasi hospital dan klinik kesihatan.
Preskripsi yang diterima akan disaring oleh pegawai farmasi atau pegawai farmasi provisional (PRP) untuk mengesan
kesesuaian dos, polifarmasi, interaksi ubat-ubatan, salah ubat dan sebagainya.Preskripsi yang bermasalah seperti di
atas akan dirujuk kepada pegawai perubatan yang berkenaan sebelum aktiviti pendispensan yang lain dijalankan.
Jadual 3: Aktiviti Pendispensan di Kaunter Farmasi Pesakit Luar
Bilangan Preskripsi Diterima Bilangan Preskripsi Bilangan Perkara Dibekal
Disaring Oleh PF
2014 230,990 230,090 (100%) 700,891
Hospital 2015 231,611 231,611 (100%) 727,540
2016 229,875 229,875 (100%) 734,445
2017 233,187 233,187 (100%) 740,045
2014 356,622 264,505 (74.2%) 1,218,494
Klinik-Klinik 2015 356,450 269,984 (75.72%) 1,241,623
Kesihatan 2016 360,303 273,002 (75.78%) 1,241,388
2017 402,050 311,260 (77.4%) 1,371,400
Inisiatif Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar :
(a) Sistem Pembekalan Segera Ubat Separa (BESS)
Aktiviti Sistem Pembekalan Segera Ubat Separa (BESS) mula dilaksanakan pada bulan Ogos 2007 di Hospital Tuanku
Fauziah (HTF) dan masih diteruskan sehingga sekarang. Melalui sistem ini ubat-ubat pelanggan / pesakit akan disediakan
terlebih dahulu berpandukan salinan preskripsi. Mereka akan diberi tarikh temujanji untuk mengambil ubat di kaunter
khas untuk pelanggan BESS. Pesakit yang terlibat adalah terdiri dari pesakit yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Pesakit dengan preskripsi jangka panjang (≥ 3 bulan).
Pesakit dengan preskripsi yang mengandungi > 5 jenis ubat.
Pesakit dari unit hemodialisis atau MOPD akan diberi keutamaan.
Sistem ini didapati telah dapat mengurang masa menunggu pesakit mengambil ubat di kaunter Farmasi Pesakit Luar.

