Page 194 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 194
194 |
Jadual 4 : Aktiviti Sistem Pembekalan Segera Ubat Separa (BESS)
Bilangan Pesakit yang menggunakan perkhidmatan
Fasiliti
Tahun Pesakit Berdaftar Bungkusan Disediakan
2014 1018 1018
Hospital Tuanku 2015 996* 1290
Fauziah 2016 1,063 1,329
2017 1,133 1,301
*Mulai Tahun 2015, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM telah mengemaskini definisi
”Pesakit Berdaftar” bagi Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS)
(b) Perkhidmatan Farmasi Letak Kereta Dan Ambil Ubat Segera (LeKAS)
Hospital Tuanku Fauziah telah melaksanakan perkhidmatan Kaunter Farmasi Pandu- Lalu (Drive-Thru) pada bulan
Ogos 2009. Pelanggan yang telah didaftarkan ke dalam program ini, akan dijadualkan untuk datang pada hari tertentu
bagi mengambil ubat mereka di Kaunter Farmasi Pandu-Lalu. Mulai pertengahan tahun 2011 aktiviti tersebut terpaksa
dikurangkan dan seterus ditangguhkan kerana terdapat kerja-kerja pembinaan bangunan wad yang baru di HTF yang
mengganggu lalu-lintas yang melibatkan kawasan Farmasi Pandu-lalu. Bagi memastikan kesinambungan rawatan
pesakit Perkhidmatan Farmasi Letak Kereta Dan Ambil Ubat Segera (LeKAS) telah dilaksanakan pada tahun 2012.
Farmasi LeKAS merupakan satu inovasi bagi perkhidmatan tambah nilai di Jabatan Farmasi HTF.
Kebaikan inovasi ini adalah:
1- Pesakit tidak perlu beratur dan menunggu lama di kaunter farmasi untuk mendapatkan ubat.
2- Dua tempat letak kereta khas disediakan berhampiran kaunter untuk kemudahan pesakit yang datang dengan kereta.
3- Terbuka kepada semua pesakit ubat susulan yang menggunakan Sistem LeKAS, Sistem Bekalan Ubat Separa
(BESS), Sistem Sirap Ekspres dan ubat yang dituntut kemudian.
Gambar 1: Perkhidmatan Farmasi LeKAS di Hospital Tuanku Fauziah

