Page 196 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 196
196 |
Gambar 2: Perkhidmatan Farmasi MyAmbil di Klinik Kesihatan Kangar
(c) Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat merupakan cetusan idea dari YB Menteri Kesihatan untuk memberi
kemudahan kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan di luar fasiliti farmasi kerajaan. Perkhidmatan ini
mula dilaksanakan pada bulan Oktober 2015 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Negeri Perlis dan masih diteruskan
sehingga sekarang. Melalui sistem ini ubat-ubat pelanggan/pesakit akan disediakan terlebih dahulu berpandukan salinan
preskripsi. Mereka akan diberi tarikh temujanji untuk mengambil ubat di kaunter BPF Perlis. Pesakit yang terlibat adalah
terdiri dari pesakit yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Pesakit dengan preskripsi jangka panjang (≥ 2 bulan).
Pesakit yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Sistem ini didapati telah dapat mengurang masa menunggu pesakit mengambil ubat di kaunter Farmasi Pesakit Luar dan
membantu memudahkan pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.
Jadual 6 : Aktiviti Farmasi LeKAS
Bilangan Pesakit yang menggunakan perkhidmatan PPUSS
Fasiliti
Tahun Pesakit Berdaftar Bungkusan Disediakan
2015 12 13
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Negeri Perlis 2016 22 79
2017 34 118
K1M Seriab 2017 2 2

