Page 60 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 60

60   |







                    Perlis, KOSPEN serta Kelab Warga Emas bagi menjalankan pengisian semasa bulan puasa. Pihak Pejabat Mufti Perlis
                    telah menyampaikan slot pengisian rohani semasa sesi Kembara Pasaraya Sihat Mini yang disasarkan untuk peserta
                    KOSPEN serta ahli Kelab Warga Emas.
                    Hasil kerjasama dengan unit dan jabatan luar ini membantu DSM  Perlis dipromosi secara pecuma kepada lebih
                    banyak agensi dan jabatan luar lain. Tahun ini, lebih banyak agensi yang melamar DSM untuk dijadikan platform untuk
                    menjalankan aktiviti rohaniah, aktiviti fizikal serta kelas memasak. Dengan ini, selain dapat mengimarahkan DSM,
                    dalam jangka masa panjang membolehkan DSM Perlis mencapai matlamatnya – untuk menjadi pusat promosi amalan
                    gaya hidup sihat.














































                 5.  Karnival Hari Kantin Peringkat Negeri Perlis
                    Karnival Hari Kantin Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada tarikh 11 November 2017 di Dewan Badminton
                    Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis. Karnival ini telah dirasmikan oleh Exco Kesihatan Negeri dan
                    berlangsung selama satu setengah hari.

                    Unit Pemakanan Negeri Perlis telah terlibat dengan menjayakan acara pertandingan mewarna ’sukusukuseparuh’ dan
                    pertandingan nyanyian dan gerakan ’sukusukuseparuh’ kepada kanak-kanak prasekolah. Pertandingan-pertandingan
                    ini bertujuan untuk mempromosikan mesej-mesej gaya hidup sihat yang berterusan dalam rakyat Malaysia sebagai
                    salah satu usaha dalam pencegahan penyakit tidak berjangkit dengan mengalakkan makan secara sihat.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65