Page 97 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 97

|   97







                    Kerjasama di antara Jabatan Kesihatan Negeri dengan institusi-institusi luar yang berpotensi  seperti Penjara, PUSPEN,
                    UNIMAP dan lain-lain, turut dipertingkatkan  dalam usaha meningkatkan pengesanan kes  Tibi.
                    Kadar Konversi Sputum (SCR) bagi negeri Perlis pada tahun 2017 mencapai sasaran yang ditetapkan 90 peratus
                    (Rajah 34).

                    Rajah 34: Kadar Konversi Sputum (SCR) Tahun  2010 hingga 2017

                         95
                                                                                 92.3
                                                        90.2     90.6    90.0             91
                         90
                                                85.1
                         85
              Peratus                   82.3
                SCR      80     78
                         75

                         70
                               2010     2011    2012    2013    2014     2015    2016    2017
                                                           Tahun

                   Kadar Konversi Sputum (SCR) ini di pengaruhi oleh banyak komorbid seperti faktor umur, Diabetes, HIV/Aids dan lain-
                   lain. Di Perlis pecahan 7 kes yang tidak menunjukkan konversi daripada keseluruhan 78 kes yang berada di dalam kohort
                   adalah seperti berikut ; 3 orang pesakit Diabetes, 2 orang perokok tegar, 1  orang kurang berat badan dan 1 orang pesakit
                   dengan diagnosis rumit iaitu tibi paru-paru sapuan kahak positif  berserta tibi meningitis dan tibi pericarditis.

                   Kadar Sembuh (Cure Rate), pencapaian Perlis bagi kes warganegara Malaysia adalah sebanyak 76.2 peratus,  tidak
                   mencapai sasaran  yang ditetapkan iaitu  80 peratus. Manakala bagi bukan warganegara pencapaian adalah tercapai
                   iaitu sebanyak 66.7 peratus berbanding sasaran 60 peratus.  (Rajah 35).

                   Bagi warganegara, sebanyak 64 dari 84 kes yang berada di dalam kohort telah sembuh manakala  selebihnya samada
                   mati (17 kes), masih dalam rawatan (1 kes), gagal rawatan (1 kes) dan terhenti rawatan (1 kes).
                   Manakala bagi bukan warganegara, sebanyak 2 dari kes berdaftar telah sembuh manakala 1 kes pindah keluar dan
                   hilang.

                          Rajah 35 : Kadar Sembuh (Cure Rate) Tahun 2010 hingga 2017
                         100
                          90                           86.4     84.3    87.5
                               79.5    77.9    78.2                             78.4
                          80                                                            76.2
                          70                                                                66.7
               Peratus    60
                Kadar     50
               Sembuh     40
                          30
                          20
                          10
                           0
                                2010    2011    2012     2013    2014    2015    2016    2017
                                                   % Cure Rate   Column1
                                                         Tahun
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102