Page 93 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 93

|   93







                    Perlis, LPPKN, PDRM, Jabatan Pendidikan, AADK ,JPW, Kolej Matrikulasi Arau, UITM Perlis, Kolej Komuniti Perlis, ILP
                    Perlis dan UNIMAP . Di harap kerjasama in dapat diteruskan pada tahun berikutnya.


























            3.6     PROGRAM KAWALAN PENYAKIT TIBI DAN KUSTA

                   Pengenalan
                   Program Kawalan Tibi dan Kusta Perlis melibatkan usahasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
                   Bagi memastikan kelancaran program satu Pasukan Tibi Negeri/Daerah ditubuhkan. Pasukan ini diketuai oleh seorang
                   Ketua Penolong Pengarah UD54 dibantu oleh seorang Pengelola Rawatan (Penolong Pegawai Perubatan U32), seorang
                   Pengelola BCG (Ketua Jururawat U32), seorang Pengelola Makmal (Juruteknologi Makmal Perubatan U32), tiga orang
                   Pengelola Rekod  (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29) dan dengan dibantu oleh dua orang Pembantu
                   Kesihatan Awam U19.
                   Secara amnya, Program Kawalan Tibi dan Kusta Negeri diwujudkan bertujuan bagi  memastikan kejadian Penyakit Tibi
                   dan Kusta dapat dikawal sepenuhnya.


            3.6.1    Penyakit Tibi
            3.6.1.1   Pencapaian
                   Pada tahun 2017, sebanyak 132 kes telah didaftarkan : 95 kes Pulmonari Tibi Kahak Positif, 13 kes Pulmonari Tibi Kahak
                   Negatif, 23 kes Ekstra Pulmonari Tibi dan 1 kes Multidrug Resistance Tuberculosis (Jadual 48).
                   Terdapat sebanyak 47  kes Tibi yang melibatkan pesakit Diabetes, 6 kes Tibi yang melibatkan pesakit HIV dan  2 kes Tibi
                   melibatkan petugas kesihatan. Tiada kes Tibi di kalangan kanak-kanak dilaporkan pada tahun lalu.
                   Majori kes Tibi melibatkan pesakit lelaki berbanding pesakit perempuan dan pesakit berumur 15 tahun ke atas  (Jadual
                   49). Bangsa Melayu mendominasi bangsa-bangsa lain (Jadual 50). Kes Tibi dikalangan warga asing pada tahun lalu
                   melibatkan seorang warga Thailand, seorang warga Myanmar dan seorang warga Indonesia (Jadual 51).
                   Mukim Sanglang dan Kuala Perlis merupakan mukim dengan kes Tibi tertinggi diikuti oleh  mukim Titi Tinggi, Arau,
                   Chuping dan Utan Aji (Jadual 52).
                   Terdapat sebanyak 23 kematian di kalangan pesakit Tibi pada tahun 2017, walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut
                   hanya 8 kematian disebabkan oleh Tibi.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98