Page 92 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 92
92 |
Program Terapi Gantian Dengan Metadon
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan Program ini pada bulan Oktober 2005. Hospital Tuanku Fauziah telah
dipilih dalam fasa kedua perlaksanaan program pada tahun 2007. Program ini telah diperluaskan ke Klinik Kesihatan
Kuala Perlis pada bulan Januari 2010. Pada tahun 2017, seramai 43 penagih telah didaftarkan sebagai peserta program
menjadikan kumulatif kes 725.
Jadual 47 : Program Terapi Gantian Metadon, Negeri Perlis, 2007-2016
2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Bil Kes 77 35 46 42 87 94 79 74 60 38 43
Disaring
Bil Kes
Berdaftar 53 80 126 211 315 431 519 602 668 694 725
(kumulatif)
Bil Kes 1 0 1 0 0 0 4 4 0 18 0
Kematian
Bil Kes Hiv 3 0 5 0 1 0 (1 AIDS) 0 0 0 0
Reaktif
Bil kes Aktif 30 31 60 142 190 281 175 177 225 192 234
3.5.2 PENYAKIT KELAMIN
Saringan Penyakit Kelamin diadakan disemua klinik kesihatan bertujuan untuk merawat penyakit kelamin seperti
Gonorrhea, Siflis dan Chancroid berdasarkan simptom. Seramai 13 kes siflis dapat dikesan dan 20 kes gonorea. Bagi
kes Hepatitis C sebanyak 42 kes kerana baru dimasukkan dalam program pencegahan HIV. Trend peningkatan kes
dari tahun 2016 terutama gonorea dan sifilis agak membimbangkan kerana kebanyakan kes melibatkan usia muda
termasuk pelajar sekolah menengah. Ini akan menambahkan lagi risiko kemungkinan dijangkiti oleh virus HIV.
Atas dasar diatas unit HIV/AIDS telah menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta termasuk pusat
pengajian tinggi untuk sama mengadakan program bagi menyedarkan masyarakat Perlis khusus akan risiko penyakit di
atas dan bersama-sama memeranginya. Atas agensi yang terlibat sepanjang tahun 2017 adalah Jabatan Agama Islam

