Page 213 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 213
| 213
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (BKKM)
VISI
Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan
melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah
Wawasan 2020.
MISI
Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat un-
tuk:
• Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
• Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
• Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan
yang lebih bermutu.
OBJEKTIF UMUM
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis melaksanakan empat aktiviti
utama iaitu,
i. Kawalan Eksport/Industri/Pensijilan/Penyelidikan
ii. Pematuhan
iii. Perkhidmatan Analisis
iv. Pengurusan
BKKM ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan
dan Kualiti Makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyim-
panan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memu-
dahkan perdagangan makanan.
OBJEKTIF KHUSUS
Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan
Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, daerah, pintu masuk dan pihak berkuasa
tempatan.
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya
kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
• memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih dan selamat
serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009;
• memastikan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
o bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan
bertujuan penipuan;
o mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan; dan

