Page 218 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 218
218 |
Perlesenan Kilang Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral Semulajadi (AMS)
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah memperuntukkan premis penyediaan air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi
bagi tujuan perniagaan atau perdagangan perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 1 buah
kilang baru AMB telah berlesen pada tahun 2017 menjadikan jumlah keseluruhan kilang AMB/AMS berlesen di negeri Perlis mening-
kat kepada 9 buah kilang iaitu 8 buah kilang AMB dan 1 buah kilang AMS.
Perlesenan Air Dari Mesin Jual Air
Peruntukan di bawah Peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah memperuntukkan pemunya atau pengendali mesin
jual air perlu mendapatkan lesen daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 15 buah mesin jual air telah berlesen
pada tahun 2017 menjadikan jumlah keseluruhan 42 buah mesin jual air berlesen di negeri Perlis.
Program Latihan Pengendali Makanan
Program Latihan Pengendali Makanan telah mula dilaksanakan pada tahun 1996. Menerusi program ini modul latihan yang
seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah
Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara. Jadual 2 menunjukan bilangan pengendali
makanan yang dilatih di SLPM di negeri Perlis.
Jadual 2 : Bilangan Pengendali Makanan yang dilatih di SLPM di negeri Perlis
Tahun 2013 2014 2015 2016 2017
Bilangan
Pengendali 3724 7072 4515 4114 3303
Sebanyak 6 buah SLPM yang diiktiraf di negeri Perlis telah diberi kelulusan untuk menjalankan Kursus Pengendalian
Makanan kepada pengendali-pengendali makanan. Pemantauan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ke
atas SLPM bagi memastikan modul serta tenaga pengajar mematuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan.
Program KENDIRI
Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) yang dijalankan bertujuan bagi menurunkan risiko berlakunya ke-
jadian keracunan makanan di kantin, dapur asrama sekolah,PLKN dan Institusi Latihan dibawah Kemen-
terian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kantin/dapur asrama
sekolah/dapur asrama PLKN adalah melibatkan perkongsian tanggungjawab di mana pihak kontraktor/pen-
gusaha perlu menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap tahap kebersihan premis dan status kebersihan
premis dipantau secara terus oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan
Latihan Khidmat Negara dan Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Pada tahun 2017,
skop pelaksanaan program KENDIRI telah diperluaskan kepada sekolah dibawah seliaan Jabatan Agama
Islam Negeri yang terdiri daripada sekolah agama dan maahad tahfiz seluruh negeri Perlis. Selain daripa-
da itu, bengkel dan latihan telah diberikan kepada pengusaha kantin/dewan makan dan pihak pengurusan
sekolah dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri bagi memperluaskan lagi skop pelaksanaan KENDI-
RI. Bengkel Pengukuhan Pelaksanaan Hands On KENDIRI telah dilaksanakan kepada semua pengusaha
dapur asrama dan penyelia asrama sekolah yang terdiri daripada 30 buah sekolah.

