Page 217 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 217
| 217
Pensijilan HALAL
Aktiviti Pensijilan HALAL dijalankan secara bersama dengan Unit Penguatkuasaan dan Bahagian Hab Halal dan Penyelidikan,
Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) ke atas premis dan produk makanan yang dikeluarkan di negeri ini. Jabatan Kesiha-
tan terlibat dari segi teknikal dalam proses penyediaan, pemprosesan dan penyajian makanan manakala dari segi pematuhan
terhadap hukum syarak adalah di bawah bidangkuasa JAIPs. Sepanjang tahun 2017 sebanyak 11 sijil HALAL Malaysia yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis.
Sijil Kesihatan
Sijil Kesihatan adalah keperluan bagi negara pengimport bagi memastikan makanan yang akan dieksport adalah selamat dimakan,
berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh peraturan- peraturan makanan negara pengimport. Sebanyak 16 Sijil Kesi-
hatan telah dikeluarkan pada tahun 2017. Berdasarkan Rajah 1, kumpulan makanan yang paling banyak dikeluarkan Sijil Kesihatan
pada tahun 2017 adalah ikan dan hasil ikan. Kebanyakan konsaimen ikan sejukbeku terutamanya produk Frozen Mackerel dieksport
ke Indonesia dan Brunei. Manakala produk Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral Semulajadi (AMS) pula dieksport ke
negara China.
Rajah 1 : Sijil Kesihatan Yang Di Keluarkan Bagi Tahun 2017
Air Mineral
Air Minuman Semulajadi
Berbungkus (AMS) 6%
(AMB) 19%
Ikan
Sejukbeku
75%
Sijil Eksport Penjualan Bebas
Sijil Eksport Penjualan Bebas menjadi keperluan bagi sesetengah negara pengimport untuk tujuan pendaftaran produk oleh pihak
berkuasa. Ia juga untuk memastikan sesuatu makanan tersebut adalah bebas dijual di Malaysia dan mematuhi kehendak-kehendak
Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Sebanyak 9 keping sijil Penjualan Bebas telah dikeluarkan pada tahun
2017 bagi negeri Perlis. Daripada jumlah tersebut, 5 keping sijil dikeluarkan bagi minuman kopi pracampuran ke negara Indonesia,
Brunei, Thailand, Kemboja dan Jordan. Selain itu, 4 keping sijil dikeluarkan bagi minuman malt coklat ke negara Singapura, Brunei
dan Indonesia.
Perlesenan Kilang Ais
Di bawah Peraturan 394A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah memperuntukkan premis penyediaan ais bagi tujuan perniagaan
atau perdagangan perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jumlah keseluruhan kilang ais di negeri
Perlis yang dikenalpasti adalah sebanyak 8 buah kilang yang terdiri daripada 5 buah kilang ais tiub dan 3 buah kilang ais blok.
Sebanyak 4 daripada 5 buah kilang ais tiub telah berlesen manakala 1 buah kilang telah dilesenkan bagi kilang ais blok.

