Page 216 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 216

216   |







           1.0        UNIT KAWALAN EKSPORT/INDUSTRI/PENSIJILAN/PENYELIDIKAN

               Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP)
           Skim pensijilan ini bertujuan memberi pengiktirafan ke atas premis pengilangan makanan yang melaksanakan GMP dan seterusn-
           ya meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk makanan yang dikeluarkan serta membantu industri dalam meluaskan pas-
           aran mereka. Beberapa premis pengilangan makanan di negeri Perlis adalah dalam proses menaiktaraf premis mereka ke arah
           pensijilan GMP. Premis yang telah diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Dapur Hospital Tuanku Fauziah di
           bawah seliaan Jabatan Dietetik dan Sajian.




               Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP)
           Pengiktirafan HACCP diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang dapat mengamalkan elemen-elemen
           HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Industri yang dianugerahkan
           pengiktirafan ini akan mendapat keutamaan  dalam  permohonan  Sijil  Kesihatan  bagi  tujuan  eksport  dengan  memendekkan
           tempoh pengeluaran  sijil  kepada  3  hari   berbanding   21   hari   bagi   industri   yang   tidak  mendapat pengiktirafan HACCP.
           Selain itu, ia membantu dalam permohonan sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL. Permohonan untuk mendapa-
           tkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pensijilan
           HACCP KKM adalah secara sukarela dan tempoh sah pensijilan adalah selama 3 tahun. Atlas Edible Ice (Kangar) Sdn. Bhd.,
           MSM Perlis Sdn. Bhd. dan juga Dapur Hospital Tuanku Fauziah merupakan pemegang sijil HACCP yang diiktiraf oleh Kementerian
           Kesihatan Malaysia di negeri Perlis sejak tahun 2017.



               Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
           Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi mengganti-
           kan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M
           bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan- keper-
           luan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha
           makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan
           diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang
           terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Pada tahun 2017 sebanyak 18 industri pemprosesan makanan tel-
           ah mendapat pensijilan MeSTI yang menjadikan keseluruhan sebanyak 101 premis pengilangan makanan di negeri Perlis mendapat
           pengiktirafan MeSTI.


               Pengiktirafan Premis Bersih, Sihat dan Selamat (BeSS)
           Pengiktirafan premis outlet makanan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan secara
           percuma kepada pengusaha premis outlet makanan bagi menggalakkan mereka menyediakan makanan yang selamat dan sihat
           kepada pelanggan. Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadap program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan
           oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas premis outlet makanan seluruh Malaysia. Pengiktirafan BeSS dapat menarik
           lebih ramai pelanggan di mana mereka mempunyai pilihan premis yang bersih bagi mendapatkan makanan yang selamat dan
           sihat. Sehingga tahun 2017 sebanyak 26 pengusaha premis outlet makanan (kantin/dewan makan sekolah/restoran/kafeteria)
           yang berjaya mendapat pengiktirafan BeSS di negeri Perlis.
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221