Page 225 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 225

|   225







            Jadual 5 menunjukkan aktiviti pendakwaan dan rampasan yang dilakukan ke atas produk-produk makanan yang melanggar Akta
            Makanan 1983. Sebanyak 24 kes didaftarkan di mahkamah pada tahun 2013 dan kes yang paling rendah adalah pada tahun
            2015. Operasi rampasan pula paling tinggi dilakukan pada tahun 2017 dan paling sedikit dilakukan pada tahun 2014. Jumlah nilai
            rampasan paling tinggi adalah pada tahun 2017.























                         Aktiviti Pemantauan dan Rampasan Produk Makanan yang menyalahi Akta Makanan 1983.


            Operasi Penguatkuasaan dan Premis Makanan Bersih

                Operasi Penguatkuasaan Produk bertujuan untuk meningkatkan keselamatan makanan yang boleh memberi risiko terhadap
                kesihatan pengguna. Operasi ini melibatkan premis penjualan produk makanan yang telah diproses seperti pasaraya dan
                kedai runcit. Penguatkuasaan terhadap label makanan dilakukan bagi memastikan setiap makanan yang dijual mempunyai
                label yang mematuhi peraturan pelabelan serta makanan yang telah tamat tarikh luput tidak dijual. Selain itu, keadaan fizikal
                produk makanan di mana bungkusan atau bekas produk kemik, kembung, bocor atau berkarat juga akan dikenakan tindakan
                penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 24
                operasi penguatkuasaan telah dijalankan di sekitar negeri Perlis, dan daripadanya 17 operasi melibatkan rampasan makanan
                yang bernilai RM7369.63.

                Operasi Premis Makanan Bersih adalah operasi yang dilaksanakan bagi meningkatkan penguatkuasaan terhadap premis
                yang mempunyai tahap kebersihan yang tidak memuaskan atau terdapat kehadiran tikus. Bermula bulan Julai 2013, Menteri
                Kesihatan telah mengarahkan operasi ini dijalankan dengan kekerapan dua kali setiap bulan dan berterusan sehingga tahun
                2017. Perintah penutupan sementara maksima 14 hari di bawah seksyen 11 Akta Makanan 1983 atau suatu notis di bawah
                seksyen 32B Akta Makanan dikeluarkan dan disusuli dengan tawaran mengkompaun di bawah
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230