Page 221 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 221
| 221
2.0 PEMATUHAN
Pemeriksaan Premis Makanan
Pemeriksaan Premis makanan dilaksanakan secara rutin terhadap semua premis makanan terutamanya kawasan yang
menjadi tumpuan orang ramai termasuk premis makanan di kawasan pelancongan serta kantin dan dapur asrama
sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Institusi Latihan serta katerer. Secara keseluruhannya, sebanyak 2224 buah premis
makanan telah diperiksa pada tahun 2017. Pecahan premis makanan yang telah diperiksa adalah seperti di Jadual 4
di bawah.
Jadual 4: Pemeriksaan premis makanan mengikut kategori premis makanan bagi tahun 2017
Bil Kategori Bilangan pemeriksaan
1 Dapur 128
2 Gerai Makanan dan Minuman 531
3 Gudang Makanan 1
4 Kafeteria 50
5 Kantin 232
6 Katering Makanan 9
7 Restoran/Kedai Makan 210
8 Kedai Roti & Kek 8
9 Kenderaan Menjual Makanan 7
10 Kilang Ais 8
11 Kilang AMB/AMS 4
12 Kiosk (menyedia & menjual makanan) 7
13 Kilang Makanan 10
14 Penjaja Makanan 198
15 Penjaja Makanan Bermusim 821
JUMLAH 2224
Sasaran pemeriksaan adalah sebanyak 20 pemeriksaan/bulan bagi setiap Pegawai Berkuasa. Jumlah sasaran yang
ditetapkan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 1680 pemeriksaan bagi 8 orang Pegawai Berkuasa di mana 4 orang Pegawai
Berkuasa mula menjalankan tugas penguatkuasaan bermula pada bulan April 2017.

