Page 229 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 229
| 229
Jadual 8: Pencapaian Pemantauan Makanan Import Bagi Pintu Masuk Kuala Perlis Tahun 2013-2017
Aktiviti / Tahun 2013 2014 2015 2016 2017
Jumlah konsaimen yang diimport 2445 2395 1658 1621 3032
Peratus konsaimen diperiksa (%) 60% 60% 60% 60.6% 40%
Peratus konsaimen disampel (%) 17.04 17.39 25.35 14.8% 10.2%
Bilangan sampel makanan diambil 250 250 252 251 260
Bilangan Perlanggaran 0 1 0 3 0
Bilangan konsaimen yang ditolak 0 0 0 0 0
Bil. Konsaimen yang dimusnah 0 0 1 0 0
Jadual 8 menunjukan Pencapaian Pemantauan Makanan Import Bagi Pintu Masuk Kuala Perlis dimana bagi tahun 2013
sebanyak 250 sampel diambil dan pada tahun 2014 hingga 2017 sampel yang diambil diantara 250 hingga 260 sampel sahaja.
Bagi pencapaian pelanggaran sampel bagi tahun 2013 hingga 2017 hanya terdapat 3 sampel yang melanggar pada tahun
2016.
Alert Makanan
Alert Makanan oleh Pematuhan Domestik PKD Kangar
Sepanjang tahun 2017 sebanyak 7 surat ‘Alert Makanan’ diterima dari Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Pihak Pejabat Kesihatan Kangar telah menjalankan
pemantauan dari Food Alert yang diterima dan hasil pemantauan mendapati tiada produk makanan
dalam Kategori Food Alert didapati dijual di Negeri Perlis.
Program Annual National Monitoring Plan Imported Food (ANMPIF)
Program Annual National Monitoring Plan for Imported Foods (ANMPIF) mula diperkenalkan pada tahun 2017. Program ini
merupakan aktiviti persampelan makanan yang memberi tumpuan kepada targeted sampling yang menjurus kepada risk-
based approach. Ianya membantu dalam memperkukuhkan dan melengkapkan sasaran 1% pensampelan dari konsainan
yang diimport. Selain daripada itu ianya dapat menjadikan data aktiviti pemantauan lebih bersifat menyeluruh dan boleh
dipercayai (reliable). Oleh itu, dalam jangka masa panjang, data ANMPIF ini dapat membantu bagi tujuan risk analysis,
di samping dapat melancarkan perdagangan (facilitating trade) antara negara. Terdapat 5 faktor dalam pemilihan produk
makanan bagi persampelan makanan seperti berikut:
i. Jumlah pengambilan (consumption intake);
ii. Jumlah yang diimport (import volume);
iii. Makanan berisiko tinggi (high risk food in nature);
iv. Jenis makanan lain yang belum dipantau; dan
v. Kategori makanan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Bagi pemilihan parameter analisis pula, ianya adalah berdasarkan kepada isu pencemaran/trend semasa dan andaian segala
kemungkinan pencemaran lain yang boleh wujud serta sejarah parameter yang belum pernah dibuat sebelum ini. Bagi Pintu
Masuk Padang Besar, persampelan disasarkan kepada konsaimen sayuran berdaun dan bagi Pintu Masuk Kuala Perlis
bagi konsainan ikan dan hasilan ikan. Sebanyak 120 sampel bagi Pos Kesihatan Padang Besar dan 180 sampel bagi Pos
Kesihatan Kuala Perlis telah ditetapkan untuk program ANMPIF bagi tahun 2017.

