Page 230 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 230
230 |
3.0 PERKHIDMATAN ANALISIS
Keupayaan makmal
Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM) Perlis adalah merupakan salah satu daripada
10 buah Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Makmal ini mula beroperasi pada Disember 1989
dan sehingga kini telah lebih 20 tahun makmal ini membantu di dalam aktiviti kawalan keselamatan
dan kualiti makanan. MKKM Perlis memberikan perkhidmatan analisis kimia dan mikrobiologi untuk
tujuan penguatkuasaan akta makanan dan peraturan-peraturan makanan, mengawal situasi krisis
makanan dan keracunan makanan dan untuk memantau kualiti produk makanan tempatan, import dan
eksport. Makmal ini juga menjalankan penyelidikan dan aktiviti sokongan lain untuk membantu Program
Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Keupayaan analisis MKKM Perlis adalah merangkumi analisis standard dan aditif makanan, pencemaran
logam berat, residu racun perosak dan mikrobiologi makanan. Makmal ini telah menganalisa sejumlah
6,231 sampel pada tahun 2017 berbanding 9,333 sampel pada tahun sebelumnya. Pecahan sampel yang telah
dianalisis mengikut keupayaan analisa makmal adalah seperti di Jadual 9.
Jadual 9: Pecahan Sampel Dianalisis Mengikut Keupayaan Analisa MKKM Perlis Tahun 2013 – 2017
Keupayaan Analisa Tahun
2013 2014 2015 2016 2017
Mikrobiologi 2,183 3,257 4,562 3,122 1,303
Standard/Aditif 2,319 1,960 4,315 3,691 2,232
Residu Racun Perosak 1,246 1,938 3,212 1,464 1,902
Kimia Logam Berat 1,600 567 953 1,056 794
Jumlah 7,348 7,722 13,042 9,333 6,231
Jenis penganalisaan yang ditawarkan
Sampel – sampel yang diterima dianalisa berdasarkan permintaan pelanggan dan mengikut kesesuaian jenis sampel tersebut
dengan parameter analisa yang ditawarkan. Jadual 10 dan 11 menunjukkan parameter analisa terkini ditawarkan Makmal
Keselamatan dan Kualiti Makanan Perlis kepada pelanggan bagi tujuan penganalisaan kimia dan mikrobiologi.

