Page 235 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 235

|   235







            Ujian Kecekapan
                Makmal perlu mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi parameter analisis
                yang ditawarkan agar keputusan yang dikeluarkan adalah diterima sepenuhnya. Sehubungan itu, pihak
                pengurusan MKKM Perlis sentiasa memastikan setiap tenaga kerja menjalani ujian kecekapan pada
                setiap tahun mengikut parameter analisa yang ditawarkan. Selain daripada ujian kecekapan dalaman,
                makmal turut menyertai siri ujian kecekapan yang dianjurkan badan-badan berkelayakan antarabangsa
                dan juga di dalam negara. Pada tahun 2017, makmal telah menyertai siri ujian kecekapan seperti di
                Jadual 12 di bawah.

                             Jadual 12: Ujian Kecekapan yang disertai MKKM Perlis pada tahun 2017




             PROGRAM UJIAN       SCHEME/     UJIAN KECEKAPAN                   PARAMETER
             KECEKAPAN           KOD


                                    FODAS    Asid Benzoik dan Asid Sorbik in   Asid Benzoik
                                     1-17    Cordial                           Asid Sorbik
             PERINGKAT           FODAS       Pestisid Organophosphorus dalam   Organophosphorus
             KEBANGSAAN          19-17       Sawi
             (JAB.KIMIA MALAYSIA)  MICROTEST  Kiraan  Bakteria  Aerobik  in  Milk  Kiraan  Bakteria
                                     1-17    Powder                            Aerobik
                                  MICROTEST  Salmonella spp. in Dried Coconut  Salmonella spp.
                                     6-17
                                    FAPAS    Organochlorine in Cucumber Puree  Organochlorine
                                                                               Fructose
                                    FAPAS    Fructose, Glucose & Sucrose in Honey  Glucose Sucrose
             PERINGKAT
             ANTARABANGSA           FAPAS    Clostridium perfringens in Milk Powder  Clostridium perfringens
             Food                   FAPAS    Enterobacteriaceae, Coliform & E.coli in Beef  Enterobacteriaceae,
             Analysis Performance                                              Coliform & E.coli
             Assessment             FAPAS    Sulphur Dioxide in Dried Apple    Sulphur Dioxide
             Scheme (FAPAS) UK      FAPAS    Lead & Cadmium in Canned Crab     Lead
                                             Meat                              Cadmium

            Perluasan skop perkhidmatan
                Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Perlis turut melakukan  pengembangan kaedah analisa sebagai usaha untuk
                menambah skop perkhidmatan yang ditawarkan. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan  makmal sentiasa optimum
                dan boleh membantu sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu terkini berkaitan keselamatan dan kualiti
                makanan. Makmal telah menetapkan untuk mendapat akreditasi dua parameter baru pada setiap tahun. Pengembangan
                kaedah yang telah dilakukan pada tahun 2017 adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 13.
   230   231   232   233   234   235   236   237