Page 57 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 57
| 57
Jadual 14: Indikator QAP Primer Perkhidmatan Pengimejan dan Diagnostik Negeri Perlis, 2013-2017
Perkara 2013 2014 2015 2016 2017
Pemeriksaan X-Ray pesakit luar Standard < 5% 3322 3909 2168 4959 9174
(bukan ‘Medical Check Up’) (2.69%) (2.33%) (1.9%) (4.85%) (6.01%)
Kadar penolakan filem 0.74% 0.67% 1.5% 1.3% 1.4%
( Mesin processor )
1.9 PANEL PENASIHAT KESIHATAN
Panel Penasihat Kesihatan diwujudkan bagi mengadakan saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan diantara
masyarakat dengan kakitangan Jabatan Kesihatan. Sehingga kini terdapat seramai 141 org ahli Panel Penasihat Klinik
Kesihatan (PPKK) dari 9 buah Klinik Kesihatan di Negeri Perlis (Jadual 15). Mesyuarat Panel penasihat peringkat negeri
telah di adakan sebanyak 3 kali dalam tahun 2017. Pada tahun 2017, Panel Penasihat telah menerima peruntukan khas dari
YB Menteri Kesihatan sebanyak RM5000 bagi setiap panel bagi menjalankan aktiviti kesihatan.Peruntukan telah disalur
terus ke Akaun Panel Penasihat. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mesyuarat PPKK (3 kali setahun), Seminar Panel
Penasihat Klinik Kesihatan, sukan warga emas, kem kesihatan, program 10,000 langkah warga emas, program motivasi,
program jalur gemilang dan program kemasyarakatan.
Jadual 15: Jumlah Panel Penasihat Klinik-Klinik Kesihatan Negeri Perlis
Klinik Kesihatan Jumlah
Kangar 18 orang
Padang Besar 13 orang
Kampong Gial 17 orang
Beseri 10 orang
Kuala Perlis 19 orang
Arau 14 orang
Kuala Sanglang 23 orang
Simpang 4 15 orang
Kaki Bukit 12 orang
JUMLAH 141 orang
2.0 PROGRAM PEMAKANAN
Program Pemakanan secara dasarnya merupakan satu program khusus yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia yang memegang visi sebagai peneraju utama pemakanan negara, ke arah membangunkan generasi yang sihat.
Untuk mencapai visi tersebut pelbagai aktiviti telah dirangka dan dijalankan berdasarkan objektif berikut, iaitu menilai dan
memantau taraf pemakanan masyarakat, mempromosi amalan pemakanan sihat, mencegah dan mengawal masalah
pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan zat makanan. Pada peringkat awalnya aktiviti
pemakanan dilaksanakan menerusi Program Kesihatan Ibu dan Anak sebelum program ini diwujudkan secara berasingan
kemudiannya.
Program ini secara umumnya diwujudkan bertujuan memulih seterusnya mencegah pelbagai masalah pemakanan di
kalangan masyarakat setempat seperti masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak serta masalah goiter
di kalangan masyarakat pedalaman. Ianya telah berkembang seiring dengan perubahan masa dengan penumpuan utama
kepada aktiviti-aktiviti promosi pemakanan seperti Promosi Penyusuan Susu Ibu, Projek Dapur Sihat Masyarakat dan
lain-lain, di samping memperkukuhkan lagi aktiviti pemulihan yang sedia ada. Tumpuan program lebih diberikan kepada
kumpulan sasaran utama iaitu ibu mengandung, ibu menyusukan bayi serta kanak-kanak berusia enam tahun dan ke
bawah. Kumpulan lain seperti kanak-kanak sekolah, remaja dan warga emas turut diberi perhatian walaupun secara tidak
langsung.

